RSS

KenalPasti jenis Business Card

Kenali Jenis Business Card Dan Jenis Mesin Print

Assalammualaikum..
hai semua.. okey.. hari ni alang nak cerita pasal jenis Business Card.
Memandangkan semalam ada yang PM FB alang mintak buat Business Card, tapi dia tak tahu nak jenis kad yang macam mana.

Okey. Business Card ni dia ada banyak jenis kad. ada Artcard 260 gsm biasa (offset/digital), PVC, Sport UV, Mate Laminated, Glossy Laminated.

Okey, dua mesin yang berbeza.
Mesin Digital :  mesin digital tu cam mesin fotostat, tp dia mesin colour tapi had saiz kertas yang boleh diprint sehingga A3 sahaja.
Mesin Offset : dia mesin yang menjalankan printing dalam kuantiti yang banyak dan had saiz kertas diprint sehingga saiz A1.

Untuk print business Card/Wedding Card atau pape je la, seeloknya pakai mesin konica sbb warna dia yang cantik. alang pernah print Business Card kat kedai sepupu, dia pakai mesin fotostat colour leser yang bukan jenama konica, warna dia punya la tak cantik..

HASIL PRINT DIGITAL DAN OFFSET:
okey, untuk hasil print business card ni
digital : dia nampak sedikit kesat dan kurang berkilat tetapi bila dirasa, tulisan dia sedikit timbul, tapi tak timbul banyak.
Offset : dia nampak lebih kurang je dengan digital, cuma banyak berkilat berbanding digital.
Mate Laminated :  print cam biasa (digital/offset), tapi dia letak plastik laminated yang berjenis mate
Hasil mate laminated = dia nampak agak kesat, tapi tebal berbanding business card digital dan offset.
kebiasaannya orang tak buat mate laminated sebagai business card sebab dia mahal, dalam RM38++ sekoatak camtula (kurang pasti)

kalo tengok kualiti Offset lagi lawar berbanding digital, tapi print digital biasanya mahal berbanding offset.

Boleh nampak perbezaannya kan?

Glossy Laminated : sama macam mate laminated, tapi dia laminated plastik berkilat, tidak kesat macam mate laminated, kilatnya nampak lebih banyak juga tebal berbanding print offset dan digital.


Okey, memandangkan alang tak ada kad jenis Sport UV dan PVC, alang search google aje la...

Sport UV : ianya kad biasa tetapi mempunyai tulisan/gambar yang timbul. ianya nampak awesome tetapi harga yang sangat mahal. kebiasaannya orang buat business card Sport UV, ditambahnya mate laminated atau glossy laminated.
PVC Card : Ianya nampak macam kad yang tidak berkualiti kerana kad nya terlalu nipis. tetapi kebaikkannya, ianya kalo kena air ke apa ke tidak akan rosak. kadnya pun susah nak di koyakkan. kalo dirasai ianya macam plastik. harga kad PVC pun sangat-sangat mahal dan sebab itu jarang yang membuat kad seperti ini.


Update : 29.1.2014   10.29 A.M


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

shila said...

terima kasih atas perkongsian. mcmna nak berhubung dgn cik???

online seller said...

terima kasih perkongsian..dah lama cari info macamni..skarang dah tau nak pakai printer apa

Sarah said...

sangat membantu.... terima kasih

Post a Comment