RSS

1st jadi baby sister..

Cuti sem baru2 ni aku pergi Selangor, kat bandar baru bangi, aku keje kat nursery sebagai baby sister..fuh..letih tapi best, saat tu lah dapat aku rasakan pelbagai karenah baby2, suka nangis, nak susu, nak main, nak mandi..sume ada masanya. gambar kat bawah ni tak sume adik2 aku amik gambar..


Keje aku ni, makan tidur kat nursery tu, sehari diberi upah RM25, cukup lah bagi aku untuk tampung belanja makan minum aku dikelantan nanti..hehe..hurm..tapi Allah tidak izinkan, baru seminggu aku keje, aku sakit, mungkin alegic ngan sardin atau tak biasa duk jauh ke pe ke..bila pergi klinik, doktor ckp aku demam biasa, tp pelik jgk, demam biasa apa sampai keuar bintik merah satu badan.

Alhamdullillah, lepas balik umah, makan ubat semua, dalam masa dua hari je aku dah sihat, Sumenya atas keizinan Allah..masa aku kene sakit ni, doktor syaki aku denggi, aku hanya nangis dan berdoa agar aku tak kene penyakit pape, gatal2 diseluruh badan tetap merasa, tapi sekarang aku da sihat sepenuhnya..tangan aku dah boleh angkat barang2 berat,kalo dulu masa sakit, henset pun payah nak pegang, sakit kalau pegang, mandi rasa macam tak mandi..

Aku minta ngan kak husna iaitu penolong pengurus nursery tersebut yang aku nak balik, alhamdullilah kak husna memahami.. kak husna ni orang haluan, iaitu kelab mahasiswa ataupun lebih senang dikenali dimalaysia ni NGO. Haluan ni kalo orang sebut je pasti orang akan linkkan pada orang yg baik dan soleh solehah.

waktu kerja aku start ada puku 6.30 pagi sampailah pukul 6.30 petang.ada jugak sampai pukul 7malam, tapi jarang sangat sampai 7malam..

Adik2 yang aku jaga terdiri daripada mariyam, farah adibah, alif, asyraf husaini, adam, aqif, aqila, durani, alya balqis, aina, zaqif, ainul, ainul jannah..( dua orang baby iaitu zaqif dan ainul jannah aku lupa namanya apa, nama tu pun lebey kurang ngan namanya) baby bawah jagaan aku hanya mariyam dan adibah untuk pagi, petang mariyam dan aqif, tapi mariyam hanya seminggu sebab mariyam seminggu je mak kandung dia jaga, sebeum ini neneknya dia yang jaga di tanah merah (kalau tak silap). kalau dibah pula mak dia cikgu dari sekolah rendah sebelah nursery tu, aqif pulak aku tak tau, cuma aku tau ayah dia orang kelantan.

Ni Asyraf husaini. iaitu baby boy yang berumur 5bulan dan baby boy paling hensem dari baby boy yang lain..

Asyraf husaini ni sorang baby yang tak suka menangis dan boleh dikatakan kalau nak jaga dia senang la sebab dia ni kalau menangis, bagi je bantal busuk dia, dia tak menangis da, dia akan main je ngan bantal dia..hehe..comel betul asyraf nie..hehe..

Ni Aqila, umurnya 3tahun. aqila ni pun senang nak jaga dia, cuma dia ni suka gigit tangan orang kalau orang suap nasi, lepas kene gigit ari tu, aku da serik pakai tangan, terus pakai sudu untuk suap dia..hehe..tapi aqila ni best, selalu berbual ngan aku time ak tak de keje..boleh dikatakan dia ni macam ayie la, suka berbual ngan aku..hehe..suka budak camni..hehe..
Ni Aqif, adik daripada aqila, dua beradik ni selalu bersama, kalau bdk2 lain buli akak dia, dia akan backup, kalo adik dia kene tolak ke buli ke, akak dia backup, boleh dikatakan bdk2 lain tak berani nak buli diorang..hehe..aqif ni umurnya 1 tahun setengah.
Nie alif, bdk ni paling nakal dlm sume budak dan selalu buli orang. tp bdk ni kelakar, kalau dia buli orang, akak2 baby sister ni akan marah dia dengan mengugut akan dibeli spana dan vakium kalau dia buli lagi..yang lawaknya, byk2 benda yang boleh kita takut, vakium dan spana jugak dia takut..lawak2..hehe..
Ni adam, bdk ni la paling senang nak jaga dan paling payah nak mandi, kalo nak mandikan dia, dia akan mandikan kita sekali...tp bdk ni jenis dia not responding, cakap2 pun tak de guna jgk, dia pandang je kita, dia tak bercakap ngan kita skali..hehe..tp paling best adam ni suka sebut perkataan "NAK" kalau dia tengok pape yang dia nak, contohnya makanan..hehe..

Ni durani, aku suka jgk ngan bdk ni walaupun dia tak banyak bercakap, tapi dia de gak cakap ngan aku, aku paling suka sisir rambut dia sbb rambut dia lembut..kadang2 kalau durani kene buli, dia akan datang ngadu kat aku dia kene buli, tp aku tak pergi marah la bdk2 tu, cuma gosok kat mana dia sakit dan tanya bdk yang buli dia nape buli durani..hehe..
Ni farah adibah, bdk ni mula2 memang payah nak jaga dia sebab dia asyik tak nak ngan kita sbbnya dia tak pernah tengok kita, tapi hanya sehari bersama dengan dia, dengan pengalaman memujuk adik aku ayie, aku ngan dia jadi rapat, kadang2 adiba ni drpd kebiasaannya kalau mak dia hantar dia ke nursery pada jam 6.30 pagi dia akan nangis, bila tengok aku ada dia tak nangis, tapi kene la layan dia, dia nak tido ke, main ke kene la layan..diba ni aku pun tak tau umurnya berapa, cuma aku tau jalan dia tak berapa betul lagi..hehe..
sume tido..mariyam yang bajunya warna pink, sangat payah jaga maryam, tapiianya pengalaman, its okey sumenya..yang baju putih kat tengah tu durani, sangat snok jaga durani sbb durani pendiam dan sangat rapat ngan aku. yang baju putih sebelah durani alif, budak paling nakal, tp kelakar, yang bawahnya adik yang paling tua drpd adik2 yang kitaorang jaga, umurnya 5tahun, namanya alya balqis, bdk ni sangat bijak, balik dr tadika, sambung study lagi kat nursery, siap ajar adik2 yang lain..bagus2 kakak alya..hehe..


Nie la tangan aku masa proses pulih..pas makan ubat daripada klinik pe lupa da, tp klinik tu kat batu enam kuala terengganu jadi kering kulit aku yang keluar bintik2, pas tu dlm 2 atau 3 hari pas tu sume kulit jadi gelupas..alhamdulillah sekarang da baik, da pulih sepenuhnya.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS