RSS

Segmen Aku Blogger Malaysia




join sini : link

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mini GA KakNi Edisi Tupperware


http://goncar.blogspot.com/2013/11/mini-ga-kakni-sihat-cantik-edisi.html

nak join boleh klik gambar atau link ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1ST GIVEAWAY by EYDA



Nak join skali boleh tekan sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

keadaan mangsa Kritikal Dilanggar Kereta Di Persimpangan Hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di hospital

Cerita semalam (1 tgh hari):
Keadaan mangsa kritikal yang dilanggar kereta exora di persimpangan hadapan PSMZA khamis lalu.

Salam semua, hari ni alang nak update tentang ADIK salah sorang kawan masa diploma dulu (KTD) siti nabilah namanya.. adiknya sekarang masih koma dan kritikal. 

petang semalam pergi lawat di HSNZ, memang dia x sedarkan diri lagi sejak dari hari kemalangan tu. Mak dia dan siti nabilah nampak cam tahan sebak je, kadang2 terkeluar jugak air matanya.

nabilah cakap "doktor tebuk kepala adik sebab teruk sangat hentakkan. doktor cakap kalau dia sedar nanti, kemungkinan dia tak normal seperti sebelumnya sebab parah kat otak.. keluarga nabila mintak pihak hospital transfer adik ke HUSM sebab mudah kitaorang kat sana dekat ngan rumah, tapi pihak hospital tak benarkan lagi sebab adik masih kritikal."

nabila cakap lagi "kesian kat kawan adik yang meninggal tuh, dia keluarga susah. bapak dia baru je hantar dia dengan bas kat poli dungun pagi tuh, tengah hari tu, masa bapaknya on the way dalam bas balik ke Selangor balik, pihak hospital call, so nak tak nak, dia mintak pihak hospital uruskan hantar jenazah anaknya ke selangor untuk pengubumian"

sangat kesian. harap keluarga arwah tabah menerima semua ujian ini.

 Keadaan jenazah sahabar yang meninggal- Al-fatihah

 
 Berita akhbar (sumber : akak nabilah)

 yang baju kuning tu adik nabila, yang dipeluknya tu wajah seakan sama ngan yang meninggal, tapi alang pun tak pasti.

 Ini adik nabilah. gambar DP facebook dia skrg yang di update pada hari kemalangan (27/11/2013)

 Keadaan mangsa sekarang.. minta solat hajat dan doa agar beliau sedar kembali dari koma dan boleh hidup normal seperti biasa. (sumber gambar: akak nabila)

berita kemalangan dari : sini dan sini dan juga sini (Terengganu Today)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

elak mengumpat










Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat antaranya:
  • Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

  • Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.

  • Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.



copy paste: http://www.silampuneon.com/2013/08/tips-cara-mengelakkan-diri-dari.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wanita paling ramai dineraka

Salam,
Tertulis dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,
Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya: “Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk neraka.”




Hadith ini menyatakankan bahawa dua sebab utama ramai wanita yang menjadi penghuni neraka adalah kerana:
1. Suka memaki dan melaknat.
2. Mengatakan bahawa tiada apa-apa kebaikan daripada suaminya kepadanya.
Para wanita tidak harus memandang hadith ini sebagai satu perkara yang bias kepada wanita, sebaliknya jika dilihat dari sudut yang lain, ia adalah satu keadilan kepada wanita. Mengapa saya berkata begitu?
Begini… Rasulullah saw telah memberi peringatan awal kepada wanita dengan menggambarkan apa yang bakal terjadi di hari pembalasan. Secara terperinci, baginda telah menyatakan sebab-sebab mengapa begitu ramai wanita dihukum masuk ke neraka. Oleh itu, umur kita yang panjang di dunia ini seharusnya para wanita mengambil peringatan dan kesempatan memelihara diri dari dua sebab yang telah disebutkan tadi. Allah bukan sengaja meletakkan wanita ke dalam neraka, melainkan mereka sendiri yang tidak mengambil endah kepada peringatan Rasulullah ini.
Para wanita telah diberi ‘clue’ awal lagi cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terkena hukuman di hari kemudian. Maka, tiada alasan untuk mereka berdolak dalih sedangkan amaran awal telah diberikan untuk mempersiapkan diri. Umpama, seorang bapa yang memberi nasihatkepada anaknya agar tidak melakukan kemungkaran. Nasihat itu tidak diendahkan anaknya. Wajarkah si bapa menghukum anaknya setelah melanggar nasihat? Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah si bapa tidak adil apabila menghukum anaknya? Adakah si bapa boleh dikatakan seorang bapa yang baik dengan menasihatkan anaknya agar menjauhi perkara yang membawa mudharat?
Peringatan Rasulullah saw ini adalah satu titik tolak bagi kaum wanita memperhiaskan diri dengan akhlak mulia, terutamanya terhadap suami. Bahkan, sebenarnya wanita lebih mudah masuk ke syurga jika taat kepada perintah Allah, Rasul dan suami. Mereka tidak dibebankan dengan kewajipan mencari nafkah, memimpin keluarga atau berjihad di medan juang (kecuali dalam situasi tertentu).
Oleh itu para wanita wajar besyukur dengan nasihat yang diberikan Rasulullah ini. Kita hendaklah yakin bahawa Allah itu Maha Adil, tetapi manusia itu yang sering tidak berlaku adil kepada dirinya. Wallahu a’lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 Jenis Wanita Yang Ada di Dalam Neraka

oleh pada January 6, 2012 · 7 komen
wanita neraka Jenis wanita yang ada di dalam neraka. Sebut sahaja neraka, hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu siapakah penghuninya kelak. Tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki. Setiap manusia di muka bumi ini akan dihitung dosa dan pahala kelak.

9 Jenis Wanita Yang Ada di Dalam Neraka

Ali r.a. meriwayatkan: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan, maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:
  1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
  2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
  3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
  4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
  5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
  6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
  7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
  8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
  9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun:
  1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.
  2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
  3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
  4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
  5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
  6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
  7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
  8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
  9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.
Begitulah 9 jenis wanita yang ada di dalam neraka dengan amal perbuatan yang telah dilakukan di muka bumi. Sama-samalah kita renungkan sejenak demi menjaga amal perbuatan kita, insyaAllah kita akan ditempatkan di tempat yang sepatutnya. Jenis wanita yang ada di dalam neraka.
Update: Terdapat pembetulan untuk hadis ini, untuk makluman semua saya telah dimaklumkan oleh seorang hamba Allah dan juga sahabat saya iaitu Syahirul bahawa hadis ini merupakan hadis palsu. Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah layari di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bayangan api neraka


"Kita jadi kuat bila kita selalu bayangkan api neraka apabila kita terfikir nak lakukan maksiat.."

"orang yang kuat dia akan bayangkan api neraka apabila memandang api dari dapur masakkannya"






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segmen : Aku Follow Blog Kau by Mizz Wenn

http://sharfynarzmiss.blogspot.com/2013/11/segmen-aku-follow-blog-kau-by-mizz-wenn.html 

 Join di sini : Sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PaEh izz (facebook)

 aku x kenal sape dia ni.. disebabkan ramai sangat friendlist aku update psl dia, aku terasa cm tertarik pasal dia.. biar gambar berbicara.. memang sedih kisah dia.. :'(















 ** Arwah diserang SLE.. hr dia ditanam (semalam) adik aku lalu depan kubur masa majlis pengebumiannya, memang ramai gile orang.. semoga arwah tenang disana..

paling aku x leh lupa bila dia pernah bagi purdah kat kwn pmpuan dan pesan supaya tutup aurat.. :')

ada sahabat lain citer yang last arwah sms dia masa sebelum masuk WAD ICU, last sms dia hantar icon senyum..

**-- jap lagi sebelum sahabat2 dia delete FB dia, baik aku print screen dulu.. sekurangnya dpt bagi pedoman untuk aku n si pembaca yang lain.. (memang hr ni aku jadi baik sikit dr semalam)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kad kahwin doraemon

Ada tempahan weding card yang nk yang ala-ala doraemon.. saiz 98 mm x 210 mm.. nak tak nak, buat aje la.. dekat 3 hari jugak search google gmbr yang bersesuaian.. dan jumpa 1 gambar ni..


Tapi saiz resolution dia kecik, bersaiz 200 lebih je.. tapi memang cantik giler kalo jadikan kad.. so aku nak jugak gambar ni, aku trace gambar nobita dan shizuka pakai pen tool dalam Adobe ilustrator..
Macam ni jadinya.

Kalo ikut background dia kecik je, aku main tampal2 je dekat warna yang bersesuaian..hehe.. yang ahli2 tu customer tu nak suruh tambah jugak.. so tambah aje la.. tapi aku rasa cm ramai sgt je..ntar la..

belakang...


yang ni 1 lagi design orang yang sama. tapi dia nak 2 design  

 
 belakang

sumber gambar : google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JELLY LIMAU KASTURI

JELLY LIMAU KASTURI







1 peket agar2 cap burung layang2 (white colour)
3 liter air
1 kg gula pasir
1 tin buah2an campuran dlm tin
20 biji limau kasturi
ketulan ais

Masak agar2 dgn air hingga larut.
Setelah agar2 larut masukkan gula biarkan sampai ia mendidih.
Setelah didih tutup api dan tuangkan dlm bekas atau loyang.
Setelah sejuk dan mengeras, dicincang2 halus.
Letakkan dalam bekas kaca besar, campurkan dgn buah2an campuran. Letakkan ais, perahkan limau kasturi dan masukkan sekali kulit limau tersebut. Siap untuk dihidangkan dingin.

 copy paste : azlitamasammanis


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ROTI SOSEJ AYAM

 ROTI SOSEJ AYAM ( COPY DARI SINI)
Bahan untuk doh :
  • 300gm tepung gandum
  • 80gm mentega
  • 150ml susu segar
  • 1/2 sudu teh yis kering (ibu roti)
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar gula
Bahan-bahan lain :
  • 1 biji kuning telur untuk sapuan atas roti
  • 10 batang sosej ayam
Cara membancuh doh :

  •  campurkan yis kering/ibu roti bersama tepung, garam dan gula. gaul rata
  • lubang kan di tengah masukkan telur dan gaul rata
  • masukkan mentega dan gaul rata
  • masukkan susu dan uli sehingga menjadi sebuku doh yang lembut
  • perapkan sehingga doh naik 2 kali ganda
Cara menyediakan Roti :
  • Mula-mula ambil sebuku doh dengan berat lebih kurang 80gm
  • torak sehingga nipis seperti gambar di atas
  • letakkan sosej di tengah-tengah dan kerat doh seperti di atas
  • kemudian selang selikan seperti gambar di atas sehingga habis
  • setelah itu sapukan telur di atas doh
  • tunggu 20 minit atau doh naik sedikit dan bakar dengan suhu 180'C selama 30 minit atau keperangan angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
ROTI SOSEJ AYAM
ROTI SOSEJ AYAM
 ROTI SOSEJ AYAM 
 YUMMYY!! YUMMY!!
YUMMY!!! MOLEK JERK TERSENTIL SOSEJ TU KAN... I LIKE..:):)
SELAMAT MENCUBA!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS