RSS

keadaan mangsa Kritikal Dilanggar Kereta Di Persimpangan Hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di hospital

Cerita semalam (1 tgh hari):
Keadaan mangsa kritikal yang dilanggar kereta exora di persimpangan hadapan PSMZA khamis lalu.

Salam semua, hari ni alang nak update tentang ADIK salah sorang kawan masa diploma dulu (KTD) siti nabilah namanya.. adiknya sekarang masih koma dan kritikal. 

petang semalam pergi lawat di HSNZ, memang dia x sedarkan diri lagi sejak dari hari kemalangan tu. Mak dia dan siti nabilah nampak cam tahan sebak je, kadang2 terkeluar jugak air matanya.

nabilah cakap "doktor tebuk kepala adik sebab teruk sangat hentakkan. doktor cakap kalau dia sedar nanti, kemungkinan dia tak normal seperti sebelumnya sebab parah kat otak.. keluarga nabila mintak pihak hospital transfer adik ke HUSM sebab mudah kitaorang kat sana dekat ngan rumah, tapi pihak hospital tak benarkan lagi sebab adik masih kritikal."

nabila cakap lagi "kesian kat kawan adik yang meninggal tuh, dia keluarga susah. bapak dia baru je hantar dia dengan bas kat poli dungun pagi tuh, tengah hari tu, masa bapaknya on the way dalam bas balik ke Selangor balik, pihak hospital call, so nak tak nak, dia mintak pihak hospital uruskan hantar jenazah anaknya ke selangor untuk pengubumian"

sangat kesian. harap keluarga arwah tabah menerima semua ujian ini.

 Keadaan jenazah sahabar yang meninggal- Al-fatihah

 
 Berita akhbar (sumber : akak nabilah)

 yang baju kuning tu adik nabila, yang dipeluknya tu wajah seakan sama ngan yang meninggal, tapi alang pun tak pasti.

 Ini adik nabilah. gambar DP facebook dia skrg yang di update pada hari kemalangan (27/11/2013)

 Keadaan mangsa sekarang.. minta solat hajat dan doa agar beliau sedar kembali dari koma dan boleh hidup normal seperti biasa. (sumber gambar: akak nabila)

berita kemalangan dari : sini dan sini dan juga sini (Terengganu Today)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment