Salam,
Tertulis dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,
Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku
nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya:
“Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun
perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat
pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila
tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan
siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau
berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada
apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh
suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar
upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan
tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada
apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas
sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak
perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk
neraka.”
Hadith ini menyatakankan bahawa dua sebab utama ramai wanita yang menjadi penghuni neraka adalah kerana:
1. Suka memaki dan melaknat.
2. Mengatakan bahawa tiada apa-apa kebaikan daripada suaminya kepadanya.
Para wanita tidak harus memandang hadith ini sebagai satu perkara
yang bias kepada wanita, sebaliknya jika dilihat dari sudut yang lain,
ia adalah satu keadilan kepada wanita. Mengapa saya berkata begitu?
Begini… Rasulullah saw telah memberi peringatan awal kepada wanita
dengan menggambarkan apa yang bakal terjadi di hari pembalasan. Secara
terperinci, baginda telah menyatakan sebab-sebab mengapa begitu ramai
wanita dihukum masuk ke neraka. Oleh itu, umur kita yang panjang di
dunia ini seharusnya para wanita mengambil peringatan dan kesempatan
memelihara diri dari dua sebab yang telah disebutkan tadi. Allah bukan
sengaja meletakkan wanita ke dalam neraka, melainkan mereka sendiri yang
tidak mengambil endah kepada peringatan Rasulullah ini.
Para wanita telah diberi ‘clue’ awal lagi cara-cara untuk mengelakkan
diri daripada terkena hukuman di hari kemudian. Maka, tiada alasan
untuk mereka berdolak dalih sedangkan amaran awal telah diberikan untuk
mempersiapkan diri. Umpama, seorang bapa yang memberi nasihatkepada
anaknya agar tidak melakukan kemungkaran. Nasihat itu tidak diendahkan
anaknya. Wajarkah si bapa menghukum anaknya setelah melanggar nasihat?
Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah si bapa tidak adil apabila
menghukum anaknya? Adakah si bapa boleh dikatakan seorang bapa yang baik
dengan menasihatkan anaknya agar menjauhi perkara yang membawa
mudharat?
Peringatan Rasulullah saw ini adalah satu titik tolak bagi kaum
wanita memperhiaskan diri dengan akhlak mulia, terutamanya terhadap
suami. Bahkan, sebenarnya wanita lebih mudah masuk ke syurga jika taat
kepada perintah Allah, Rasul dan suami. Mereka tidak dibebankan dengan
kewajipan mencari nafkah, memimpin keluarga atau berjihad di medan juang
(kecuali dalam situasi tertentu).
Oleh itu para wanita wajar besyukur dengan nasihat yang diberikan
Rasulullah ini. Kita hendaklah yakin bahawa Allah itu Maha Adil, tetapi
manusia itu yang sering tidak berlaku adil kepada dirinya. Wallahu
a’lam.
wanita paling ramai dineraka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment