RSS

KenalPasti jenis Business Card

Kenali Jenis Business Card Dan Jenis Mesin Print

Assalammualaikum..
hai semua.. okey.. hari ni alang nak cerita pasal jenis Business Card.
Memandangkan semalam ada yang PM FB alang mintak buat Business Card, tapi dia tak tahu nak jenis kad yang macam mana.

Okey. Business Card ni dia ada banyak jenis kad. ada Artcard 260 gsm biasa (offset/digital), PVC, Sport UV, Mate Laminated, Glossy Laminated.

Okey, dua mesin yang berbeza.
Mesin Digital :  mesin digital tu cam mesin fotostat, tp dia mesin colour tapi had saiz kertas yang boleh diprint sehingga A3 sahaja.
Mesin Offset : dia mesin yang menjalankan printing dalam kuantiti yang banyak dan had saiz kertas diprint sehingga saiz A1.

Untuk print business Card/Wedding Card atau pape je la, seeloknya pakai mesin konica sbb warna dia yang cantik. alang pernah print Business Card kat kedai sepupu, dia pakai mesin fotostat colour leser yang bukan jenama konica, warna dia punya la tak cantik..

HASIL PRINT DIGITAL DAN OFFSET:
okey, untuk hasil print business card ni
digital : dia nampak sedikit kesat dan kurang berkilat tetapi bila dirasa, tulisan dia sedikit timbul, tapi tak timbul banyak.
Offset : dia nampak lebih kurang je dengan digital, cuma banyak berkilat berbanding digital.
Mate Laminated :  print cam biasa (digital/offset), tapi dia letak plastik laminated yang berjenis mate
Hasil mate laminated = dia nampak agak kesat, tapi tebal berbanding business card digital dan offset.
kebiasaannya orang tak buat mate laminated sebagai business card sebab dia mahal, dalam RM38++ sekoatak camtula (kurang pasti)

kalo tengok kualiti Offset lagi lawar berbanding digital, tapi print digital biasanya mahal berbanding offset.

Boleh nampak perbezaannya kan?

Glossy Laminated : sama macam mate laminated, tapi dia laminated plastik berkilat, tidak kesat macam mate laminated, kilatnya nampak lebih banyak juga tebal berbanding print offset dan digital.


Okey, memandangkan alang tak ada kad jenis Sport UV dan PVC, alang search google aje la...

Sport UV : ianya kad biasa tetapi mempunyai tulisan/gambar yang timbul. ianya nampak awesome tetapi harga yang sangat mahal. kebiasaannya orang buat business card Sport UV, ditambahnya mate laminated atau glossy laminated.
PVC Card : Ianya nampak macam kad yang tidak berkualiti kerana kad nya terlalu nipis. tetapi kebaikkannya, ianya kalo kena air ke apa ke tidak akan rosak. kadnya pun susah nak di koyakkan. kalo dirasai ianya macam plastik. harga kad PVC pun sangat-sangat mahal dan sebab itu jarang yang membuat kad seperti ini.


Update : 29.1.2014   10.29 A.M


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assalammualaikum.. 20/1/2014

Salam semua..

Apa khabar?hehe..
sibuk betul alang sekarang..tapi update blog tetap boleh dalam 1 hari.. hehe..
lepas rezeki nak sambung degree tak dapat, rezeki berniaga online ni plak ramai permintaan.

dua hari berturut makan tengah hari gado2 cepat.. kejar2 nak pergi kerja lagi.. nak pos barang orang lagi..
nak drow duit dalam bank lagi (sucerity nak elak dari duit akaun diambil orang)

Tapi Alhamdulillah semuanya dapat settel hari ni..

kalo Allah tak mudahkan urusan, tak jalan jugak.

mintak ngan bos nak masuk lambat dalam pukul 4 petang..
untung tak banyak pun, tapi alang suka macam ni..

sibuk camni.. skurang2nya boleh lupakan slow2 AMBA yang telah berubah berbanding dulu..

- lepas siapkan banner list makanan "adik beradik roti canai segera"
- T-shirt oder "dok rock cetong" sampai.. yang ni dah sibuk sikit..
   lepas tu pakcik alang pergi post pasal baju kat Group dia,
   belambak orang PM nak oder T-shirt..
- bukan tu je, pakcik alang post plak kat group yang sticker kereta atau moto boleh tempah ngan alang..
- tambah plak adik beradik roti canai segera mintak wat bunting plak. - yang ni okey lagi sebab tak payah postage
- Tambah plak senior masa alang kat KTD suruh buat sticker kereta dan moto bahasa kelantan plak..
- Tambah lagi satu kawan abah mintak buat sticker kereta saiz 4 kaki gambar jenazah, caption "DESTINASI KU"-idea lawar, tapi rasanya x ramai yang nak

TAPI TAKPE, REZEKI JANGAN DI TOLAK..!!

**hari ni salah bagi harga kat seseorang org trganu yg duduk kat luar trganu.. lepas tu alang segan nak bagitahu harga sebenar, so alang terus terang sebab takut dia promot kat orang lain plak dengan harga tu.. tak pe la, selebihnya tu kira cam alang belanja dia je..hehe.. dia pun cakap "alah kesiannya kat awak.. takpe, saya doakan awk dimurahkan rezeki"

link :sticker kereta 
sape yang berminat boleh PM alang kat 014-512 5863 / atau wasap alang kat 014-512 5863.
Charge Postage RM4.00 (sampul surat Ekspress)

sebenarnya untung alang tak besar pun, so pos alang pun baget2 je.. alang tak nak letak harga mahal2 sebab nanti orang tak nak beli, ada yang siap mintak kurang lagi tu..huhu.. kalau baju "dok rock cetong" tu memang harga maket dia RM25 tak termasuk postage.. harap maaf la pada yang mintak kurang tu.. hehe..



Sticker kereta

Sticker moto
Sticker moto


Sticker kereta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam.. 19/1/2014

Salam semua..
Ya Allah.. sibuk betul alang hari ni..
kiri kanan alang pergi..
mula2 bank BSN, pastu CIMB, pastu Bank Islam, pergi hantar stock baju..

adoi.. baru je hajat nak beli shawl dari shiqin sunshine.. tapi sebab tak sempat.. tak boleh nak beli jugak.. adoi sedihnya..

hari ni plak pakcik alang yang duk kat senai duk promot baju n sticker bahasa terengganu

sticker tu pakcik alang bagi cadangan minta buatkan sticker.. 

so alang setuju sebab alang jumpa orang yang boleh bagi harga untuk alang start berniaga..

lepas tu belambak2 orang PM kat Fon, kat FB.. harga alang lom tetapkan... jap lagi alang check.. kalau ada yang orang terengganu nak beli jugak, boleh PM.. lantik 1 orang jadi ketua, lepas tu oder 1 kepala untuk 1 daerah.. sebab x memadai untuk POS kalau 1 keping sahaja oder.. sticker tu mungkin harga dalam RM1

ready stock.. sape2 nak boleh PM. ada banyak lagi baju lebih..

Ready stock now.

sticker


** mungkin pakcik alang ni cari job kat alang sebab "alang ada kemahiran, tapi tak beberapa guna"
so sayang lah.. bukan tak nak guna, tapi masih tak punya pengalaman, semangat untuk lebih tinggi..

memang alang dari kecik lagi minat sangat benda2 camni.. suka tengok benda yang kreatif.. suka tgk gubahan-gubahan.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAJU BAHASA TERENGGANU : "KOMANG SPANA"

Salam.. Hai semua.. 

beberapa hari ni alang tak update blog.. rindu tak??hehe..

bukan apa, sibuk sikit.. ada yang mintak designkan wedding card..

hari ni hari ke 3 tak ada tempahan, so alang fikir lah 1 idea..

design baju bahasa Terengganu lagi, tapi kali ni "KOMANG SPANA"

design ni alang reka sendiri, tak copy design orang lain dah macam design sebelum ni "Dok Rock Cetong mung"

dan alang pun sendiri rasa cam tak setuju design dok rock cetong tu, tapi disebabkan pakcik alang nak sangat baju tu, pastu tanya HK, HK cakap nak mintak dia print boleh, tapi kene print banyak..

itu pasal alang pergi tanya semua orang ada yang berkenan tak dengan baju dok rock cetong tu..

harap ada yang berminat dengan design baju ni.. kalau ramai, alang nak hantar print..

tapi alang tak pergi kat HK dah sebab tak nak hampakan korang lagi.. sebulan ambil masa nak siapkan baju-baju korang..

kesian kat korang.. ada yang berniaga macam "Fazrin Fazwan" sampaikan kene smach dengan Cust dia sebab cakap dia sembang kosong je.. oder dah, tapi dapatnya belum..

so ini alang amik 1 color je sebab kat selain HK biasanya boleh 1 color je, kalo kat HK xpe la banyak2 color pun still harga sama..


Yang ni InsyaAllah boleh letak harga jualan yang sama.. Hehe.. 
Terima Kasih sudi baca blog alang..
harap ada yang sudi share kat kawan2 kot ada yang nak oder
atau PM wasap alang : 019-999 1880

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kad kawin

Malas nak menaip.. nanti lah alang sambung menaip kat sini.. hehe..

Btw terkejut tgk Stacy Binantus betul2 berubah untuk mendalami agama islam. semoga dia terus di dalam Rahmat Allah..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kad kahwin yang bakal di ambil hari ini.

Ini design yang telah alang siapakan selama 3 hari mengambil masa untuk mendapat confirm oder dari customer. 

print sume alang tak uruskan, alang cuma urus design sahaja.. hajat alang nak urus print, tapi disebabkan tuan punya pengantin cakap tak nak sebab mengambil masa 7 hari, so dia call HK suruh printkan kad kawin dia..

dalam hati terasa jugak.. "tapi tak pe lah, tak de rezeki aku untuk dapat sample kad yang cantik"

customer tu mintak HK belikan kertas wangi yang corak bunga2 tu, mempunyai ketebalan 10GSM tu..

bila print memang alang cakap tak lawar.
tapi customer always is right kan..

pastu customer ni cakap dia tak nak evelope..
so mudah lah keje kalo camtu.. 

sebelum cust datang amik kad, alang tanya HK berapa total
Hk jawab : RM0.75 sekeping

terkejut jugak alang.. yelah, lebih kurang harga alang print, cuma kurang 0.05sen je.

tapi yg alang print dh termasuk evelope..

nak taknak, alang ikut aje lah.. alih2 pengantin sorang lagi datang amik kad kat rumah..


cust tu komplain :
1) Kenapa harga semahal ini tiada evelope?
2) Kad apa nipis ni?

so apa alang nak jawab?

ini bukan salah alang.. alang cuma terlibat dalam design.. alang nak print tak nak.cakap lambat la apa lah.. so apa2 hal, tanggunglah.. terasa hati hari tu belum hilang lagi..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wedding Card Murah di Kuala Terengganu

Wedding Card Murah di Kuala Terengganu.
By Alang Shafirah



mula2 tu tak de la semangat berkobar2 sangat, tapi lepas Kak long post kat FB Status cam kat atas ni, rasa cam lebih berkobar2.

jom tengok kualiti kad di rumah alang di Kg losong Haji su, kuala terengganu.






 Ni artwork yang pernah alang designkan. Yang no 6 ni pernah diceritakan dalam blog hari tu.. 

Alang memang ada minat nak bukak kedai Design, tapi disebabkan x cukup pengalaman, so alang rilex dulu. tapi lepas praktikal kat cydes creative ni, rasanya semangat tu dah cukup kot nak bukak kedai design. 
so sape2 yang berminat nak tempah kad kawin ngan alang, alang boleh bagi harga spicial mengikut kualiti yang terbaik alang bagi ni. kalo tak percaya boleh datang jenguk di rumah alang sendiri untuk tengok kualiti kad yang sangat2 baik ni.

business card pun boleh tempah ngan alang, tapi harga tu alang pun masih buat perbandingan dengan harga kat kedai..
Promosi untuk 1000 keping... untuk 500 keping percuma bunting sahaja 1 keping tapi harga berbeza..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati-hati Cover Handfon kulit Babi

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah.. tadi balik rehat kat rumah, terus sambar flipcase yang alang ragu-ragu ingatkan kulit babi tu, alang dapat info dari satu blog yang mana kalau ragu-ragu, amik api, bakar.. kalau ada bau hangir cam rambut terbakar tu maksudnya kulit babi.

ada plak info, kalo bakar bulu babi je akan bau hangir cam rambut terbakar.
tapi alang guna yang blog ini jugak sebab isi kandungan penerangannya cam boleh dipercayai skit. InsyaAllah..

Ini kulit babi (sumber blog ini)

Ini flipcasing alang yang experiment tadi..

alang dh cari tak jumpa titik tiga tu..

yang ni upload dlm FB tadi.. itu lah kawan alang Yana yang ada cerita takdi.




Alhamdulillah, Allah masih mempelihara diri ini dari buruknya Akidah..

Harapnya anda semua berhati-hati dalam memilih barang2, takut2 ada terkena "skin pig" ni..

**dapat info, ada yang pegi beli kasut kat KB MALL, terkena kasut yang skin pig, tapi tak tahu la betul ke tak, Waahualam.. sebab sekarang dah ada mesin yang wat barangan kulit bertitik ni sebab nak bagi barang tu lembut, tapi utk pasti ianya skin pig ke tak, titik dia tak de la sampai tertimbus berbanding skin pig..

Rujuk : Info


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Otaku Stories Giveaway


[klik banner untuk join]
1 Jan- 15 Feb 2014*mungkin berubah

Syarat2 :
1. Warganegara Malaysia & mempunyai blog. Sponsor juga dialu-alukan join. :)
2. Buat satu entri bertajuk " Otaku Stories Giveaway "
3. Copy banner dan backlinkkan ke entri ni.
4. Buat satu cerita, apa2 cerita pun boleh(macam korang update blog hari2 tu). nama lagi stories giveaway.
5. Tinggalkan link entri anda di entri ini. 
6. Follow semua syarat jujur kay.
7. Pemilihan pemenang berdasarkan entry kreatif, top referral dan pakcik random.

join sini

Kisah hari ni yang menjadi pedoman utk aku..
semalam jumpa yana, yana cakap hari tu dia ada nak beli cover handfon, pastu bila check2 semua, baru perasan, tu kulit babi.

cina yang jual cover tu terus tegur yana "saya tau awak check apa, check kulit babi kan?memang tu kulit babi pun.. tapi x payah risau lah, sebab ustazah, budak2 perempuan yang pakai tudung dah ramai yang beli cover ni"

astarfillahalazim.. terkejut aku..
yana suruh aku check kat cover aku ada tak titik tu.. aku check tak de, yana cakap mungkin sebab dah lama guna

aku search internet, dlm internet ckp, even guna 7 bulan pun, bintik tiga tu tak kan hilang
ya.. aku dah guna cover tu 7 bulan..

so aku masih was-was.. so balik rehat ni aku nak check cover aku tu ada tak titik tiga tu, kalo tak nampak, aku nak bakar, kalau ada bau macam rambut terbakar, sah itu kulit En. B. nauzubillahminalminzaliq. harapnya bukan kulit En. B.. jenuh la aku nak samak baju2 aku pakai semua, mesin2 basuh semua tu.. harapnya bukan...

korang doakan ek harapnya bukan kulit en. B tu..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

First Giveaway by SZL



Maisarah | Mia

Meh Join GA Ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014.




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJoCbXV3w00OcleoMZcoTN6fD_CbP_nr1ImcwZK8IItf3uhBQlPx8ba7ID7XHzW1mQ3XIfNHIG_gnoKljzc3NKv79OJdA2Lsf5T0EfmNC87jIjV_WhtY2-Fa-q5_SRJR_34nx-0_HeY7o/s1600/syira+lokman..banner+.png
Join kat sini : sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS