RSS

kerepek popia pedas vesi alang Shafirah

Assalammualaikum Semua.
Lama sgt alang tak update blog ni.
ok, ad story nak citer

sebelum ni sokmo tengok fyna zuki buka tempahan kerepek popia pedas, so oder la jugak..
perghh.. lps oder tu, terus warga opis perangkaan jd gila kt kerepek ni, tiap hari ad je oder.
dua kali 10 balang ke atas sokmo oder..

harga 1 balang RM12.

Alang sendir dh 7 balang dh oder.
total sume dah RM84 belanja alang untuk popia pedas ni.

ok, ada idea, apa kata cuba buat sendiri.

kulit popia lebihan masa raya hr tu ada lagi, so buat terus semalam..
Alhamdulillah, dua adik lelaki alang rasa, diorg ingat alang beli lagi.

Ok Harga untuk bahan2 =
~ alang guna 1peket kulit popia yang bersamaan 1KG kulit popia yang berharga RM3.90
~ serbuk lada jenama babas yang 2.5 gram RM4++ (beli babas sebab bau kerepek fyna tu mcm yg babas punya)
~ Gula kasar sekilo baru RM3.00
~ garam (pakai yg rumah punya je)
~ minyak (pakai rumah punya je)

Ok, cara2 =
1) gunting kulit popia petak 4 segi dan lepas tu goreng sampai garing
2) amik 1 bekas, campurkan bahan2 rempah iaitu
        ~ 1 sudu teh garam halus
        ~ setengah kilo gula kasar
        ~ 5 sudu besar serbuk lada
3) siap tu, gaul kulit popia dgn bahan rempah.
4) siap.Rasa dlu cmne, kalo dh ckup rasa, blh simpan dlm balang. kalo x cukup rasa, tambah gula kasar.

ok, alang punya dapat 2 balang setengah.
so, cuba kita berapa dh kita jimat untuk kerepek popia ni.?
selamat mencuba ya.

Ok. percubaan pertama. Gula byk gila seh.. haha..

Ni 2 balang setengah tu,. selamat mencuba ye.?

kerepek ni memang sedap gila dan sgt menghantui sume org yang pernah makannya..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 september 2014

Testimoni kad kawin
Lokasi menaip : Jabatan perangkaan, wisma pekeso, meja kosong kat  belakang.
Lokasi jumpa customer : bistro, water front.

huh.. dah bersawang dah blog aku ni lama tak update..
amik masa kejap nak buang sawang2 yang ada ni.. hikhik..

sebenarnya nak kongsi ceria, overall bussiness makin maju. Alhamdulillah..
semalam jumpa customer bincang pasal design kad kawin.

kata customer ni "saya jumpa biz alang ni daripada blog alang, saya taip keyword "kad kawin murah kuala terengganu", saya tekan semua link yang ada dan saya survey yang alang ni paling murah dan saya sangat berminat"

syukur ALHAMDULILLAH..

harga yang letak memang sangat murah,
tak kesah pun tak dapat income tinggi, asalkan aku boleh bahagia..
seminggu tak sentuh design rasa sangat rindu.
dan sehari tak sentuh design xpe, asalkan kepala ni ada je fikir idea baru.

biar harga kad murah, daripada harga kad mahal, tapi tak ada tempahan.
kat situ rugi dah kemahiran yang ada.

apa2 pun freelance pun tetap kena maju jugak.
jangan fikir nak untung je, fikir jugak untuk kesenangan orang sekeliling kita.

kat sini nak bagitahu, alang start biz design kad kawin 1/2/2014
lagi 5 bulan lagi nak cukup setahun.

bagi alang, agak lama jugak bertapak tu.

semoga rahmat, rezeki Allah semakin melimpah ruah.
AMIN..

Sambung kerja.. Assalammualaikum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dalam Kenangan Arwah Nurul Farah Hafiizah Bt Made

SALAM.. hari ini 29/3/2014 -sabtu
Semalam sibuk pergi kenduri pakcik dan kawan kawin..
balik tu buka Facebook.. alangkah terkesimanya alang bila dapat tahu sorang junior alang ni meninggal

arwah agak ceria.. walaupun dengar macam2 kawan2 dia cakap arwah suka pow orang lah apa lah, tapi bila ngan alang tak de pun macam tu, jadi statment kawan dia tu adalah AUTA,..

alang macam biasa la, suka nyakat orang.. hehe.. lagi2 si arwah farah ni.. sebab farah ni orangnya slow je.. mulut pun tak lancang,.. kalau kita cakap ngan dia, dia amik masa yg lama sikit nak balas percakapan kita seolah-olah fikir dulu nak cakap apa..

Kalau alang nyakat tu, dia ni lambat pick up sikit, so bila dia da boleh pick up apa yang kita nyakat tu, mesti dia akan cakap macam ni "Kak Fira ba.."

kalau terselisih tengah jalan, mesti dia akan panggil walaupun keadaan agak rushing.. "KAK FIRA..."

Terngiang2 di telinga.. dah 3 tahun x jumpa arwah..

Oh.. Farah.. sungguhnya awak memang junior yang baik.. saya senang bila dengan awak..
semoga jumpa ke syurga disana ya..??

kawan blogger alang, follower2 semua.. nak minta jasa baik doakan untuk arwah farah ni..

Tudung Hitam - 2012

Berita di Facebook


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st kerja dalam pejabat

Assalammualaikum pembuka kata..
hari ni 15/3/2014 (sabtu), masuk kerja kat tempat lama..
nak citer, 10/3/2014 hari tu first day alang di Jabatan Perangkaan Kuala Terengganu.

jawatan Pembantu perangkaan E17 (kalo x silap)

tetiba 9/3/2014 ada orang call suruh datang lapor diri pada 10/3/2014 di tempat yang temu duga hari tu..

kebetulan alang dapat 1 tempat kerja ngan acik (akak alang)

so pergi la alang ngan akak.

Kerja hari pertama, kedua dan ketiga agak sibuk.. campur pulak orang tempah wedding card, hampir setiap malam tido lewat.. tp alang suka kerja design2 ni.. itu alang x tinggal. hehe..

T-gas designer alang ni, alang cuba cerita ngan tokey.. Alhamdulillah.. Bos suruh masuk hari sabtu je pick up kerja yang x selesai..

masuk je hari ni, berkobar2 semangat nak datang kerja, ntah  la kenapa..


Tapi masuk2 je tak de kerja.. bila tanya bos apa kerja yg patut sy buat, dia ckp "kerja ada, tp abang saya yang handle, so kerja2 kene tanya dia"

alah.. abg bos plak x masuk..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

baju dan tudung muslimah utk majlis perkahwinan..

InsyaAllah selagi boleh tutup aurat dan bentuk2 tubuh akan ku tutup..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Props untuk kawin/tunang/event

hari ahad hari tu ada orang tempah props ngan alang untuk majlis tunang (23/2/2014, 11 pagi)

so alang wat la..
Semalam hari selasa baru siap print, potong dan tampal lidi.

rupanya prop ni mudah aje buatnya..
cuma antara berani ke tak aje..

bila dah siap buat dan susun dalam Adobe Ilustrator, hantar print kat kedai.. print atas kertas "ARTCARD 210 @ 260 @ 310"

tapi alang pakai yang 210 aje.. tp kualiti memang superberb.. alang print ngan kawan abah, dapat diskaun.. kalau ngan orang luar harga lain..

memang boleh berniaga kalau ngan kawan abah tu..
wedding card, busines card pun alang print ngan dia jugak..


1 kotak tu saiz A4.. cust ni oder 4 saiz A4

1. makesure nak ptong tu kena tinggal basi dalam 1mm (agak2 aje)
2. lepas siap gunting, amik tape dan tampal lidi kat tape -yang ni alang pakai white sticker lebihan buat sticker club kereta/moto hari tu..

_
hasilnya..??
_
_
_
_
_
_
_

Ini.. 

ini

dan ini

dan ini..

Tempahan ni alang kira saiz.. min oder saiz A3, harga untuk saiz A3 RM10 ringgit (sekali potong dan tampal lidi)
kalau tak nak lidi, tolak RM1 sahaja..

atas A3 boleh dapat lebih kurang 8-10 props.. atas saiz props jugak.. hehe.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedai Grafik online dan Fotographer Murah (KUALA TERENGGANU)

pagi ni nak cerita pasal Kedai Grafik online dan Fotographer Murah..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
26/2/2014 (Rabu)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Yang ni kalo berminat Boleh Contact alang : 019-9991880 (SMS/CALL/WATSAP)

yang ni kalo berminat boleh contact senior alang masa skolah dulu Abang Mie : 0172230087

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hahaha...posting ke tiga utk hari ni

Semalam lepas amik banner kat kedai printing, singgah kedai kawan kerja jap, kawan sekerja kawan alang ada masa tu. so alang bukak la banner tu nak tengok lawar mana.

Bila dah bukak, rasa cam bahagia sangat sebab banner tu cantik sangat sebab masa alang wat Final Artwork gambar kartun yang pengantin lelaki tu lukis pecah.

~okey berdialog kejap ya~
kawan sekerja: berapa RM pengantin ni tempah..??

alang: saiz 2X5, RM20 ringgit.

kawan sekerja : wahh murahnya.. saya pergi kat kedai yang awak print tu mahal.. awk berapa RM sekaki.?

alang : RM2.00 sekaki.

kawan sekerja: wah.. murah.. kat kedai tu RM3.50 sekaki. nanti saya nak tempah ngan awak ek. sy nk letak gambar sendiri.

Lepas tu diorang sembang topik lain plak..
ini kisahnya
kawan alang : eh firah, dia ingat gambar wechat mu ngan abang korea tu gambar snap betul2.. mu edit je kan..??haha..

alang : hahaha.. yeke??memang aku edit pun.. aku minat penyanyi tu gila2, so aku edit la.. nape?nampak cam real ke?haha..

kawan: ha'a yup.. weh, nanti tolong editkan aku jugak.. nanti aku pilih lelaki mana yang aku nak editkan tu ek..??

kawan sekerja: eh saya pun nak jugak..

alang : hahahaha.. okey, nanti aku buatkan..haha...

**Bangga betul bila orang ingat snap dalam 1 tempat.. hahaha.. gelap skit kot aku bbding jung hyung...
<3 p="">

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

23/2/2014- bahulu poksu ayie

huh.. sedap betul kalo layan bahulu poksu ayie waktu ni..

korang tau?? bahulu ni memang sedap gile, memang kalah bahulu2 dari kedai lain.. Apa yang menariknya pembuat bahulu ni LELAKI..

peramah pembuat bahulu ni..

hari tu alang cerita kat angah bahulu kat KG tepuh ni memang sedap gile. 
angah mula2 tak caya, so ada 1 hari tu, 31/12/2013 pergi hantar adik alang masuk asrama, maklumlah nak bukak sekolah da esknya tu.

so kat tengah jalan tu, alang cakap kat angah ada 1 kedai bahulu sedap kat sini angah.. angah cakap mana, alang tnjuk, tapi kedai tu tak bukak.

so on the way nak balik tu alang cakap kat angah suruh berhenti nak beli bahulu tu. 
angah pun berhenti.. angah hulur RM5 suruh beli. so beli la mintak yang panas2 punya.

dalam kereta makan angah cakap sedap gile..

1 minggu lps tu angah ajak beli lagi, kali ni beli RM20 ringgtit.. 2 hari je dah habis..

angah siap bawak pegi umah mak mertua dia.
mak mertua dia cakap bahulu tu rasa dia lain daripada yang lain, sedap gile.

suami angah pun suka sampai nak pergi melawat orang nak bagi bahulu, dia cakap "jangan amik bahulu tu, abang nak makan. kita cari benda lain lah buat melawat orang"

hahahaha... angah rancang ngan alang nak mintak belikan bahulu tu nak buat jualan kat kahang timur..

okey ni gambar masa 31/12/2013 hari tu:
Kedai paksu yie ni bukak kul 2 petang sampai jam 8 malam.

memang bahulu dia sedap gile. cuba la sekali, RM5 tu tak cukup makan seorang..

RM1 - 2 biji kalo tak silap alang..
kalo beli RM5, boleh jadi 1 biji jatuh harga RM0.43 sen camtu lah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adik beradik roti canai segera losong

tempat kerja lama alang
Salam pembuka kata.. hehe.. 
pagi2 masuk kerja tak tahu nak wat pe, so buka blog dulu selepas baca doa surah alimran 
iaitu : "Yahayuhalazi na'amanusbiru wasobiru warobitu wattaqullahalaallaqum tuflihun"

hari ni nak cerita tempat kerja lama alang waktu penganguran berlaku baru-baru ini.. kehkeh..
ADIK BERADIK ROTI CANAI SEGERA LOSONG

bos alang yang namanya nor azlina x silap, alang panggil moksu dan suami dia panggil pok jo.. 
kerja kat diorang ni macam kerja ngan sdara mara sendiri, mak2 sdara, pak2 sdara sendiri..

masa wat kerja, perlu ganti giliran untuk makan tengahari.. 
moksu yang masakkan lauk pauk.

memang boleh gemuk dan jugak boleh kurus kalo kerja kat dia..
Tak kenal ERTI LAPAR pun waktu kerja ngan dia..

wat kerja perut se'eh ngan makanan sokmo..

ni alang amik dari FB kwn alang yang masih lagi kerja kat dia..
alang kerja dulu mana sempat nak snap gambar.. 

kawan ni kerja kat depan..
kerja x buat kuih pun..
kerjanya packing..

Yang ni MOK MIE.. dia ni kerja lama da.. beberapa tahun da.. sorang lagi pekerja KAK YA.. kak ya memang paling lama kerja kat sini.. tapi tak de plak gambarnya..
Kak ya biasanya pergi belakang buat kuih, mok mie dan kwn alang sumayah ni duduk kat depan packing roti canai..

Barang yang siap akan hantar ke sabasun, mydin dan pasaraya besar yang lain.

Di bahagian ni la alang duduk. buat kuih kayu keramat dan pau goreng.. Sehari di bayar upah RM20. tapi kerjanya dalam seminggu 3 kali sahaja..

Ni mok mie duk wat kerja sambil mulut "bok bek.. bok bek"
Mok mie ni orang balik setiu kalo tak silap, so bahasanya pun tak de la pior ganu..

Barang2 yang packing untuk dihantar ke pasaraya besar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenangan kawan2 sepermainan (keluarga Ayah ki, keluarga amir dan pejo, keluarga mamat dan sabri)

Assalammualaikum semua..
hai.. hari ni nak cerita kawan2 sepermainan.. 
disebabkan duk main2 FB tetiba tertengok haris upload gambar kedai kad kahwin dia, so godek la FB dia. ttiba tertengok la gambar sibiling dia yang jugak kawan sepermainan sibiling aku dari yang sulong sampai yang no 6 aje yang sempat main ngan diorang ni..

ni keluarga Azaki che endut
yang mana sibiling aku panggil dia ayah ki..
dia ni sepupu abah aku (md zaki ismail)
dan
anak2 dia adalah dua pupu kitaorang..

gambar lama dalam tahun 1994 (lebih kurang)

gambar tahun 2010

Dulu rumah diorang tak sebesar ini.. tapi sekarang dah besar macam ni.. nak main kasut roda macam dulu2 pun dah tak boleh.

Ruang sini lah dulu2 kitaorang main.. disebabkan kawasan rumah diorang ni besar, sibiling aku dan sibiling sepupu aku (sebelah rumah keluarga ayah ki) pergi main kat rumah diorang aje.


main terduduk, main buaya, nenek si bongkok tiga (kurang sikit), polis n three, main wau dan macam2 lagi.

~nostagial~

1. kawasan rumah ni jugak banyak pokok, so kalau main tenusuk ke, main buaya ke mesti join panjat         
    pokok.. disebabkan pokok kat depan ada 3, so seorang panjat 1 pokok, kadang2 dua orang kongsi 1 
    pokok, tapi kena diam2 sudah..

2. Kat belakang rumah ni ada tangki tinggi sangat, aku memang tak berani nak panjat tangki tu, tapi akak 
    aku (acik) berani panjat sebab dia selalu ikut sepupu kitaorang amirul farhan tu panjat sekali, tu jadi berani     tu.. Gayat siott..
Ni amirul farhan sepupu aku.

3. Kadang2 pagi2 dah berdiri ramai2 kat depan rumah tapak mainan kitaorang ni.. mula la tengok tilam dan selimut berjemuran.. bila ditanya kenapa berjemur, mesti ada salah seorang sibiling diorang cakap yang salah seoarang sibiling diorang kencing malam.. mula lah malu2 nak kuar main.. haha.. kelakar..

4. Dah tengah hari, matahari naik terik.. masing2 dah pakat nak balik makan kat rumah.. mula lah salah seorang bagi cadangan nak makan secara berjemaah. caranya angkut makanan letak dalam pinggan sekali ngan air dan bawak ke rumah tapak permainan kitaorang tu.. kadang2 ngah makan pun tengok air salah seorang sedap, mula la nk mintak rasa sikit.. hehe.. sweetnya zaman dahulu kala.. hehe..

5. sibiling aku sahaja yang perempuan, so kalau ada salah seorang yang dah baligh, mesti pergi main pakai tudung.. so bila pergi main pakai tudung, mesti diorang yang lelaki2 ni akan menakalkan diri cakap "haaaaa... dah baligh.. tu pasal tak nak bukak tudung" - tak sempat ngan aku.. aku baligh masa dah tak main ngan diorang ni..

6. dulu kalau malam raya, atau tiap2 malam bulan puasa akan ke rumah diorang ni jugak untuk main mercun sebab ayah ki ni ada kawan yang banyak mercun (aku tak pasti lah dia ni kastam ke apa). Tak boleh lupa masa sabri dan mamat masih sewa kat depan rumah sepupu aku, rumah ayah ki jugak, tpi buat sewa. Masa tu mmg happy gile tengok si sabri main pusing2 mcm bunga api yang cantik naik.. tapi tak boleh duduk dekat sebab api tu bahaya takut melecur.. si sabri dan mamat ni ganas sikit mainan dia bebanding kitaorang.. aku sampai sekarang tak dapat contact number untuk terus berhubung ngan sabri dan mamat. tapi masa aku duduk seberang takir dan bersekolah kat sana, sabri jugak duduk dan sekolah yang sama.. so sabri ni ialah senior aku. masa aku ting 2, dia ting 4. sekarang kalau jumpa kat kampung pun tegur jugak, tapi aku kurang cam muka mamat dan sabri ni.. 

7. teringat gelagat sabri, kelakar betul dia dulu. dia ambil gambar mamat dan dia masa kecik, banyak..bawak pergi kat tempat kitaorang bermain. masa duk tengok tu, ada 1 gambar ni mamat menangis, sume gelak sakan.. ada 1 lagi gambar mamat bogel. lagi teruk gelak, lagi2 si hanif dan faizul (sepupu aku) tu gelak sakan masa tu.. 

** mamat dan sabri tak jadi geng kitaorang lepas si mamat ni mengganas, dia baling batu kena kat kepala haris sampai berdarah. so ayah ki halau diorang pindah.. Hari diorang pindah, acik keluar pergi tanya. masa tu acik bercakap ngan mamat, walaupun takut, tapi cakap jugak
acik : kenapa ada lori ni mamat..??
mamat :  kitaorang dah nak pindah.. mintak maaf semua salah silap.

itu aje yang aku ingat.. masa tu mmg kami semua gado ngan mamat dan mamat memang nakal masa tu. sabri buat2 gado jugak walaupun hakikat sabri masih geng ngan kitaorang.. ada 1 hari tu masa gado ngan mamat lagi, mamat pancitkan tayar van abah aku, abah terkejut jugak.. dan last skali sabri yang cakap ngan kitaorang yang wat pancit tayar tu abang dia, si mamat.


Ni Faizul Azwan abang dari amirul farhan. kawin 8/12/2013
~Mula Berpecah~

1. Masa si Hafiz tu mula2 masuk ke tingkatan 1, sekolah asrama penuh. masa tu main lagi, tapi dah agak sikit kurang.. Teringat lagi kisah masa tu kitaorang tunggu sangat apiz balik, hari2 time datang main akan tanya je bila hafiz nak balik. 1 hari tu hafiz balik rumah.. sibiling dia yang lain yang gtw, pe lagi, kitaorang panggil la hafiz. paling lantang panggil hafiz sepupu aku "faizul azwan" abang dari "amirul farhan". dah letih panggil, hafiz tak kuar2 lagi. so anif g masuk panggil jap, kuar2 dia cakap hafiz tak nak main dah..

2. Masa semua dah meningkat remaja, masing2 dah masuk asrama penuh dan bersekolah menengah.. tapi ngan sepupu "amirul farhan" tu mmg still main lagi.

3. Masa tahun 2000, 2001 kitaorang dah tak beberapa duduk kat losong dah, pindah duduk di seberang takir, abah beli rumah kat sana. so saat tu dah mmg agak berenggang dah sampai sekarang kalau jumpa, atas mood nak tegur ke x. kalo x nak tegur senyum aje lah.

** hafiz dan hilmi dah kawin.. hilmi sekarang kalau tak silap dah 2 anak, tapi hafiz belum lagi.. tapi mungkin sekarang dah bertambah, waallahualam.. 

~Keluarga sepupu aku~


~gabungan keluarga sepupu-sepupu~

Ni gambar family gathering masa tahun 2009.. family aku tak de masa ni.. datang malam aje.. x muat kamera kalo nak snap sume. hoho.. siap kitaorang dibeli name tag yang mana cucu, yang mana cicit, yang mana cuit.. dan siapa nama bapak lagi.. yang ni sepupu dari singapura pun turun.. ada yang tak boleh datang.. duduk luar negara jugak, tapi aku tak tahu kat mana. 

~SIBILING AKU~


Masa tahun 1992

lupa tahun bila, tapi rasanya tahun 1995

Raya Tahun 2013 
~Yang tiada dalam gambar~
** Arwah UMI - Kasiani Bt Ismail (13/3/1962-5/6/2012) ~lelah Asma~
** Arwah adik arshad (21/1/2002 - 9/2/2007) ~Leukimia~

** Angah dan suami beraya dirumah suami dia.

SEKIAN CERITA AKU... MESTI KORANG PUN ADA CERITA SWEET JUGAK KAN..??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Moist Choclate senang tanpa mixer dan telur

Gula caster.

1. Masukkan gula Caster dalam tepung (agak2 je berapa)

2. Masukkan soda bikabonat dan banking powder

3. Masukkan serbuk coklat
4. Masukkan ovelate

5. Panaskan majrin (agak2 je berapa) dan masukkan.
6. kacau rata. kalo agak pekat, masukkan air sikit.

7. Bila dah siap letak dalam bekas yang bakal di kukus jap lagi.

Macam ni

Ni (saje reka ni)

8. Kukus. check kukus, amik lidi, cucukkan.

Kalau masih melekat maksudnya belum masak lagi

dah siap kukus, tunggu sampai sejuk. 
JANGAN masukkan dalam peti ice terus, tapi tutup ngan saji dulu.

Coklat cair hiasan

1. Amik coklat masakkan, cairkan majerin, masukkan susu pekat, kacau2.
siap.

jirus atas kek dan hiaskan

sedia untuk di makan.




**Resepi bujang aje ni. kalo terasa cam nak makan moist tu, better buat sendiri la, x yah beli kt kedai.. benda mudah aje.. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS