RSS

Travel (Tgg-KL-Busan-seoul) -RETURN 2016 (BACKPAKERS)_

Salam semua.. Dah lama aku x update blog nih.. berapa tahun dah agaknya.. bukan apa, malas nak menaip.. tapi logingnya aku rajin, intai2 blog follower2 sume.. Hehe..

topik kali ni nak cerita pasal travel ke KOREA pada musim bunga
bertarikh pada 15 mei 2016 sampai 20 mei 2016
aku naik AA, waktu tu AA wt promo KL-Busan RETURN RM385.08 (termasuk tax RM4)

jadi malam tu aku terlambat beli, jadi seat left, jadi mahal sikit aku dapat, tp keinginan nak join kwn2 travel skali tu aku beli gak walaupun mahal sikit, tapi xda la mahal sgt. aku dapat RM463.08 (Termasuk Tax RM4)

flight pergi :
Dari TGG 14 mei 2016 jam 9.45 pm (aku grab promo RM29)
Dari KL ke Busan 15 Mei 2016 jam 1,15 am

Flight balik:
Dari Busan 20 mei 2016 jam 10.35am
Dari KL ke TGG 20 mei 2016 jam 8.05pm (yang ni aku grab promo RM29 jgk)

Aku ke sana ngan member2 sume 6 orang,. Semuanya perempuan..
Perjalanan dari KL ke busan memakan masa 6 jam lamanya..

kitaorang siap solat subuh dalam flight, memandangakn arah kiblat AA tiada tunjuk, ktorg cuma solat macam tu je, wuduk sume amik, just solat menggunakan niat aje kiblatnya.. bila dah turun flight tu jam dah 8pagi, so ktorg pergi toilet, wuduk lagi sekali dan solat dkt bilik persalinan baju..

beralaskan kain batik sebagai sejadah
** cara solat Ini aku tanya pada travel agency dan ustaz, kalo salah wallahualam..

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, DIKOREA TIADA SURAU SO, KAMI SEMUA SOLAT KAT TEPI JALAN AJE..

Sini nak share perbelanjaan perjalanan ke seoul sahaja :

Perbelanjaan ke SEOUL
( KRW1000 = RM3.60 )

T-Money (Krw2500) = RM9.00
Topup T-Money (Krw30,000) = RM108

Bilik GuestHouse (FN House) (Krw48300) = RM174
**Harga bilik bergantung pada guest. Kalo ramai guest, lagi murah

(NAMI ISLAND)
**Kos train sudah termasuk dalam topup T-money
Bas ke Nami Island (Krw6000) = RM21.60
Tiket Feri Ke Nami (Krw8500 ) = RM30.60
Basikal dalam Nami Island (Krw3000) = RM10.80

(Namsan Tower/Seoul Tower)
**Kos train sudah termasuk dalam topup T-money
Kos naik cabel car (Krw8500) = RM30.60


Tempat kita pergi :
1. Bukchon Hanok Village
2. Gyeongbokgung
3. Nami Island
4. Namsan Tower
5. Myeongdong
6. Namdaemun
7. Hangang Park
8. Itaewon

ITINERARY BUSAN - SEOUL

 interary ni kwn aku yg buat, so ada tempat yang sempat pergi, ada yang x sempat pergi..




Kitaorg stay kat seoul 3hari, kat busan 2hari
kat seoul kitaorg stay kt FN House, FN house ni pemiliknya orang islam malaysia.
kat busan kitaorang stay kat sukbak guesthouse (yg ni ramai org malaysia travel ke busan stay kat situ)

Makan apa2 dkt sana, aku pack makanan kering aje, sbb aku takut nk beli makanan pelik2 kat sana tapi mcm nasi kosong, susu pisang dan kimci aku makan.. (kimci tu FN House suggestkan): 
Nasi ni masuk microwave sebelum makan. beli aje dkt seven e, atau kedai 24jam kat sana.
ni susu pisang ni best gila. harganya 1300KRW = RM4.68
Yang ni banyak tempat jual, dekat kedai 24jam pom ada, seven e pom ada

kimici yg berdekatan ngan FN House yang kitaorang makan.. 3x aku sempat makan, best gila kimci dia.. 

Penyepit tu bentuk petak dan nipis, mula2 makan mmg x blh nk pegang, dekat malaysia mana pernah aku jumpa penyepit camtu.. so agak janggal, byk kali pegang jatuh aje.. Kitaorg sume banyak makan ngn sudu je.. 
Yang ni tertarik, dia jual ice dalam bekas cmni.. kalo kt kita dah packing plastik dah.. 

duit korea ni aku tgk ranking dia lebih kurang ranking SGD, so ada duit dia lebih2 aku x pergi tukar balik semula pn, aku simpan..

\
Ni jalan nak naik subway train.

duk tunggu train sampai

kitaorang beli siap T-money utk mudahkan perjalanan kami naik train atau bas
beli kat busan murah skit (hasil dari google blog org)

Air pisang

ni dalam feri nak ke nami island

Kawasan nami island.. cantik gila
\




Yang ni dkt Gyeongbokgung
dkt Hangang park

dkt Hangang park

Perjalanan nak ke seoul tower (Namsan tower)
Perjalanan nak ke seoul tower (Namsan tower)
Naik Turun bukit u.. dgn keadaan yang sejuk, naik bukit.. tangga.. sampai puncak tuh, lelah.. sampai sejuk tu masuk kerongkong.. 

Perjalanan nak ke seoul tower (Namsan tower)

Perjalanan nak ke seoul tower (Namsan tower)

Perjalanan nak ke seoul tower (Namsan tower)

Ni kat seoul tower (namsan tower)
naik cable car utk naik atas ni

Dekat namsan tower.. sejuk gila masa ni sampai mengeletar

nanti sy sambung lagi.... byk lagi gambar tmpat2 yang menarik, cuma internet bermslh sikit nk upload













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment