join sini : link
keadaan mangsa Kritikal Dilanggar Kereta Di Persimpangan Hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di hospital
nabilah cakap "doktor tebuk kepala adik sebab teruk sangat hentakkan. doktor cakap kalau dia sedar nanti, kemungkinan dia tak normal seperti sebelumnya sebab parah kat otak.. keluarga nabila mintak pihak hospital transfer adik ke HUSM sebab mudah kitaorang kat sana dekat ngan rumah, tapi pihak hospital tak benarkan lagi sebab adik masih kritikal."
nabila cakap lagi "kesian kat kawan adik yang meninggal tuh, dia keluarga susah. bapak dia baru je hantar dia dengan bas kat poli dungun pagi tuh, tengah hari tu, masa bapaknya on the way dalam bas balik ke Selangor balik, pihak hospital call, so nak tak nak, dia mintak pihak hospital uruskan hantar jenazah anaknya ke selangor untuk pengubumian"
sangat kesian. harap keluarga arwah tabah menerima semua ujian ini.

elak mengumpat
- Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.
- Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.
- Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

copy paste: http://www.silampuneon.com/2013/08/tips-cara-mengelakkan-diri-dari.html
wanita paling ramai dineraka
Salam,
Tertulis dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,
Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku
nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya:
“Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun
perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat
pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila
tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan
siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau
berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada
apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh
suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar
upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan
tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada
apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas
sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak
perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk
neraka.”
Hadith ini menyatakankan bahawa dua sebab utama ramai wanita yang menjadi penghuni neraka adalah kerana:
1. Suka memaki dan melaknat.
2. Mengatakan bahawa tiada apa-apa kebaikan daripada suaminya kepadanya.
Para wanita tidak harus memandang hadith ini sebagai satu perkara
yang bias kepada wanita, sebaliknya jika dilihat dari sudut yang lain,
ia adalah satu keadilan kepada wanita. Mengapa saya berkata begitu?
Begini… Rasulullah saw telah memberi peringatan awal kepada wanita
dengan menggambarkan apa yang bakal terjadi di hari pembalasan. Secara
terperinci, baginda telah menyatakan sebab-sebab mengapa begitu ramai
wanita dihukum masuk ke neraka. Oleh itu, umur kita yang panjang di
dunia ini seharusnya para wanita mengambil peringatan dan kesempatan
memelihara diri dari dua sebab yang telah disebutkan tadi. Allah bukan
sengaja meletakkan wanita ke dalam neraka, melainkan mereka sendiri yang
tidak mengambil endah kepada peringatan Rasulullah ini.
Para wanita telah diberi ‘clue’ awal lagi cara-cara untuk mengelakkan
diri daripada terkena hukuman di hari kemudian. Maka, tiada alasan
untuk mereka berdolak dalih sedangkan amaran awal telah diberikan untuk
mempersiapkan diri. Umpama, seorang bapa yang memberi nasihatkepada
anaknya agar tidak melakukan kemungkaran. Nasihat itu tidak diendahkan
anaknya. Wajarkah si bapa menghukum anaknya setelah melanggar nasihat?
Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah si bapa tidak adil apabila
menghukum anaknya? Adakah si bapa boleh dikatakan seorang bapa yang baik
dengan menasihatkan anaknya agar menjauhi perkara yang membawa
mudharat?
Peringatan Rasulullah saw ini adalah satu titik tolak bagi kaum
wanita memperhiaskan diri dengan akhlak mulia, terutamanya terhadap
suami. Bahkan, sebenarnya wanita lebih mudah masuk ke syurga jika taat
kepada perintah Allah, Rasul dan suami. Mereka tidak dibebankan dengan
kewajipan mencari nafkah, memimpin keluarga atau berjihad di medan juang
(kecuali dalam situasi tertentu).
Oleh itu para wanita wajar besyukur dengan nasihat yang diberikan
Rasulullah ini. Kita hendaklah yakin bahawa Allah itu Maha Adil, tetapi
manusia itu yang sering tidak berlaku adil kepada dirinya. Wallahu
a’lam.
9 Jenis Wanita Yang Ada di Dalam Neraka

9 Jenis Wanita Yang Ada di Dalam Neraka
Ali r.a. meriwayatkan: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan, maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:- Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
- Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
- Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
- Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
- Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
- Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
- Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
- Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
- Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun:
- Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.
- Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
- Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
- Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
- Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
- Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
- Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
- Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
- Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.
Update: Terdapat pembetulan untuk hadis ini, untuk makluman semua saya telah dimaklumkan oleh seorang hamba Allah dan juga sahabat saya iaitu Syahirul bahawa hadis ini merupakan hadis palsu. Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah layari di sini.
bayangan api neraka

PaEh izz (facebook)
paling aku x leh lupa bila dia pernah bagi purdah kat kwn pmpuan dan pesan supaya tutup aurat.. :')
ada sahabat lain citer yang last arwah sms dia masa sebelum masuk WAD ICU, last sms dia hantar icon senyum..
**-- jap lagi sebelum sahabat2 dia delete FB dia, baik aku print screen dulu.. sekurangnya dpt bagi pedoman untuk aku n si pembaca yang lain.. (memang hr ni aku jadi baik sikit dr semalam)
kad kahwin doraemon
sumber gambar : google
JELLY LIMAU KASTURI
3 liter air
1 kg gula pasir
1 tin buah2an campuran dlm tin
20 biji limau kasturi
ketulan ais
Masak agar2 dgn air hingga larut.
Setelah agar2 larut masukkan gula biarkan sampai ia mendidih.
Setelah didih tutup api dan tuangkan dlm bekas atau loyang.
Setelah sejuk dan mengeras, dicincang2 halus.
Letakkan dalam bekas kaca besar, campurkan dgn buah2an campuran. Letakkan ais, perahkan limau kasturi dan masukkan sekali kulit limau tersebut. Siap untuk dihidangkan dingin.
ROTI SOSEJ AYAM
- 300gm tepung gandum
- 80gm mentega
- 150ml susu segar
- 1/2 sudu teh yis kering (ibu roti)
- 1 biji kuning telur
- sedikit garam
- 1 sudu besar gula
- 1 biji kuning telur untuk sapuan atas roti
- 10 batang sosej ayam

- campurkan yis kering/ibu roti bersama tepung, garam dan gula. gaul rata
- lubang kan di tengah masukkan telur dan gaul rata
- masukkan mentega dan gaul rata
- masukkan susu dan uli sehingga menjadi sebuku doh yang lembut
- perapkan sehingga doh naik 2 kali ganda
- Mula-mula ambil sebuku doh dengan berat lebih kurang 80gm
- torak sehingga nipis seperti gambar di atas
- letakkan sosej di tengah-tengah dan kerat doh seperti di atas
- kemudian selang selikan seperti gambar di atas sehingga habis
- setelah itu sapukan telur di atas doh
- tunggu 20 minit atau doh naik sedikit dan bakar dengan suhu 180'C selama 30 minit atau keperangan angkat dan hidangkan!