ADAB
Salam.. entiti kali ni aku nak citer pasal adab..
Ok, stright the point je la ek. Aku ada sorang kawan
lelaki ni, sejak mula kawan tahun 2010
sampai sekarang hubungan kami memang rapat macam adik beradik (Cuma tak ada lah
sentuhan dan selebihnya tu).
Mula2 kawan memang aku boleh dikatakan menyesal, sebab
mulut dia slumbe je cakap “BLUE” ngan aku, sedangkan dia tau aku macam mana.
Pastu dia ramai “awek”. Tapi aku kawan jugak, tak tahu kenapa.
1. Akhir2
ni aku kerap ke kampung dia di KUALA TELEMUNG, K. BERANG. First time pegi hari
raya lepas (11.8.2013), aku pegi ngan adik aku. Kampung dia memang betul2 kampung. Sampai rumahnya,
Terfikir sejenak aku masa tengok keadaan rumahnya : “Munasabahlah dia politik
ke arah sebaliknya, kalau tak sokong tak dapat duit”. Rumah dia tak ada orang
Cuma dia dan ayahnya. Mak bukak kedai depan skolah. Belah kiri rumah ada pokok
durian, cempedak dan rambutan. Nak balik tu dia bekalkan kitaorang 4 biji
durian. On the way nak balik, dia bawak moto depan kereta kitaorang. Tengok dia
tumpangkan sorang makcik. (makcik tu mak sdare dia)
2. 19.8.2013
hari tu pas aku pegi hantarkan barang2 pesanan Abdul Mubin, dapat call dari
kawan aku ni mtk datang gerai keropok lekor depan muzium negeri terengganu. So
pegi lah aku. Sampai je sana, ada sorang pakcik baru je nak blah (dah habis
makan), kawan aku ngan kawan dia tegur pakcik tu “bereh arh pok deh” (lebey
kurang camtu)
3. Second
pegi 24 ogos 2013 hari tu. Pegi pun secara tak sengaja dan buat keputusan
terburu2. Adik2, angah dan kak long aku nak makan durian. Memang best sebab
masuk kebun kawan dari kawan aku ni
(pian). Masa on the way pegi kebun, kawan aku ni bawak kereta sebab
kitaorang tak kenal jalan. Setiap kali jumpa orang yang dia kenal mesti dia
bunyikan hon sampai satu kejadian tu, ada orang lelaki duk baiki jalan, dia
bunyikan hon, melatah lelaki tu. =)
So moral dari story aku ni, jangan sangka orang yang
nampak BURUK tu TAK kaya. Ya kawan aku yang bernama MAT NAP ni memang kaya
dengan ADAB.
Bila aku cakap
ngan adik aku, tak de nya kalo kitaorang nak pergi tegur makcik tepi jalan,
kalo ternampak mak sdare kalo boleh nyorok nak jugak nyorok (al-kisah
tersendiri ttg makcik2 ktorang knp ktorg bertindak sedemikian)
Yang pasal tegur pakcik makan tu, aku rasa kalau aku lah,
senyum tu mungkin, tapi bak2 bercakap ngan makcik2 ni lemah skit.
0 comments:
Post a Comment