RSS

KTD kolej swasta pilihan yang terbaik


salam.. nak kongsi satu kisah.. aku bekas pelajar KTD, batch julai 2008 sampai Nov 2011.. 
sekarang aku sedang menjalani Latihan Industri didalam bidang Pengajar di Kolej Teknologi Bestari


hari ni 18/9/2012 
pukul 10.10 pagi tadi, aku ada borak-borak dengan staf yang kerja di bahagian aku ni (JPK).

Staf : dulu diploma apa?
aku : sains komputer multimedia.
staf : Ambil diploma dekat mana?
aku : di KTD, Kolej Teknologi DarulNaim.

staf termenung sekejap. 2 minit berlalu dia tanya kembali

Staf : Bukan ke kolej tu kolej untuk orang-orang miskin? sebab hari tu saya pergi promosikan KTB, bersebelah dengan KTD ni, saya borak dengan orang yang promosikan KTD ni, orang tu cakap "Saya bukan bekerja dengan KTD, tapi saya pelajar KTD, kami semua nak berkhidmat dengan KTD"

aku : Hum..Entah lah. tapi yang saya tahu kalau student tak ada duit, kolej bantu bagi kewangan.
Staf: ha'a kolej bantu orang miskin lah tu. Bagus kolej tu. Pelajar dia bagus nak bantu kolej tanpa bayaran apa-apa.

masa bulan 6 hari tu ketua bahagian aku terkejut tengok aku lukis logo KTD di buku nota aku, dia tanya lah kenapa lukis KTD, aku cakap "ini kolej saya dulu, kalau saya rindu kolej, saya akan lukis logo kolej. tapi kolej ni tak femes pun, tak ramai orang kelas, pastu dia jawab "TAK FAMES????!!" sekali dengan wajah yang tak puas hati. Tapi Hati orang kita tak tahu. entah apa dia fikir kita tak tahu. 

sekian cerita aku sampai di sini.

nasihat aku : pada sape-sape yang terasa nak sambung belajar dalam bidang akedemik saje, diploma dan ijazah, yang mana tak de peluang untuk sambung di IPTA, boleh apply kat KTD ni, lokasi di depan padang golf pangkalan chepa kota bharu kelantan.. kalo nak ceritakan pengalaman aku di KTD memang sangat panjang, yang aku enjoy, Bila dapat PESAT.

malu plak aku tak pernah berkhidmat dengan KTD.. :-(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment