Assalammualaikum dan salam sejahtera dan salam satu malaysia..hehe..^_~
- Lama da tak update Blog aku yang tak seberapa cantik ni. Hari ni aku nk menaip nak cerita kisah aku belajar kat tempat baru ni dan jugak dalam bidang yang berlainan. Kali ni aku amek skm iaitu sijil kemahiran malaysia walaupun aku lepasan diploma.
- tapi aku tak kesah orang nak cakap apa, yang penting pengalaman tu, orang yang mengata tu sendiri tak ada pengalaman macam aku ni.
- Walaupun aku amek kursus Vokasional Training Officer (VTO) iaitu kursus untuk melahirkan tenaga pengajar vokasional mengikut bidang aku sendiri iaitu sains komputer Multimedia, aku jugak boleh belajar bidang lain..
- aku rasa untung dan bersyukur sangat, yelah kat tempat lain tak kan ada camni.
- hari ni aku join kelas ukiran, aku ukir sekuntum bunga menggunakan kayu, nanti aku kongsikan kat sini untuk tatapan korang, tapi ni bukan 100% aku buat, sbb baru hari ni belajar, dua orang yang tolong aku siapkan bunga ni, iaitu cikgu pratikal kat sini, cikgu Meru dan adik dari bidang perabot perkayuan, amin sport light. Diorang bersungguh betul nak ajar aku ngan kawan baru aku nina..
- best ow belajar kat sini, sesape rakyat terengganu yang masih duk menganggur kat luar sana, datang la belajar kat sini, kos aku ni, tahap kelulusannya adalah minimum sijil vokasional tahap 1 & 2, dan maximum diploma, belajar 3 bulan, 6 bulan pratikal sebagai pengajar mengikut bidang masing2. cam aku Diploma sains komputer multimedia, so aku kuar nanti aku jadi pensyarah bagi sijil multimedia atau setaraf dengannya. faham? bagi orang luar tu, ada satu tempat dekat syah alam, tak silap aku nama dia CIAST
Detail pasal TTITC: http://teganukita.blogspot.com/2011/07/ttitc-bayar-pampas-rm140500.html
Detail pasal CIAST: http://www.ciast.gov.my/webciast/index.php/en/courses/skmt3vto

Ni Syafie (Peie)

Ni bdk2 kelas aku, Faiz, Yen, Li & Zulfakar.
Amboi paeh kalut jek nak balik awal, tengok li relax je..hehe...(kalo paeh terbaca sori ye?hehe..)

Kelas ukiran.. Ni cercuit ukir, cantik kan??rugi kalo tak belajar..
Ni yen..syok duk wat keje..
Kawasan sekitar TTITC..dalam hutan..udara fresh pagi ow...udara hijau..
tangan terluka lepas mengukir kayu, tapi tak pe, cedera sikit boleh sembuh, tapi pengalaman tu selama-lamanya ingat.
Ni la hasil ukiran..camne??okey tak?
Ni masa aku duk ngukir.. aku mintak imah yang shotkan,.saje nk kongsi kat korang sume.


Ina shot gmbr curi, nasib baik sempat kilas muka & senyum..hehe..snyuman pagi..




- Kebaikan lalui pengalaman di TTITC dalam bidang VTO ni, aku rasa boleh belajar banyak benda, yelah masing2 ada bidang masing2, kita boleh belajar dengan diorang. macam aku, tahu guna photoshop, aku ajar sume orang yang tak tahu guna photoshop, cam ina, aku ajar sampai dia pandai guna.. dalam kelas aku ni ada yang amek kursus air cond, pembangunan, jurutera, eletronik & mcm2 lagi,.
- sebelum aku masuk ni, aku ada ajak dua orang kawan aku join, tapi dia tak nak, alasannya sebab pinjaman, ada yang cakap tak relate ngan bidang dia.. takpe la, diorang nak aku berjaya sorang diri..:-(
- Rezeki kat tgn Allah, ape2 pom InsyaAllah, arap2 sume berjaya dan aku arap aku cepat dapat kerja menjadi pengajar bagi vokasional ni.. Korang pun doa kan aku k?Amin.