RSS

malam jumaat..apa aku nak buat??




Dah lame aku tak update blog aku yang huduh nie..herm..aku update la hari nie..



Herm.. hr ni mlm jumaat, lps aku baca Al-quran surah al-mukminun, aku baca yassin sbb kata umi, mlm jumaat ni roh2 keturunan kita akan melihat kita, apakah hadiah untuk meraka buat kita..



Asalnya aku pun tak fhm,


tp bile aku
trbaca satu cerita ttg penyiksaan dialam perkuburan, aku fhm.



Buku ni aku baca masa aku tingkatan 5 di pepustakaan disekolah aku.

aku lupa tajuknya, tapi yg aku igt watak seorang nenek dan ibu yg baru shja meninggal dunia, baru sja melalui alam perkuburan..



aku lupa ceritanya cmna, tp aku cerita la skit2 okey???!!!

(-_-)




Ada sorang ibu yg sudah meninggal dunia, masa hidupnya dia tidak la solehah, tapi biasa2 je.. dia meninggalkan 3 orang anak dan semua anak-anaknya mempunyai kerja-kerja yg agak tinggi, ada akitek, ada doktor dan ada juga peguam.

setiap hari dia disiksa oleh malaikat, di belit dengan ular yg besar dan berbisa dan sebagainya. satu hari, dia menerima bungkusan yg berwarna hitam, berbau hanyir seperti nanah, busuk sangat. bila dia buka, ditengok bangkai dengan darah dan nanah yg agak kotor. Si Ibu bertanya, hai malaikat, apakah ini semua?? jawab malaikat, itu lah amalan-amalan mu sewaktu hidup yg tidak mendidik anak-anak mu dengan baik, tengok la, anak-anak mu sudah menghadiahi kamu bungkusan ini. Terkejut si ibu, tatkala disiksa kembali.

Ya Allah sakitnya siksaan ini, kata di ibu. drpd surah al-mukminun ayat 65 "jgnlah kamu memekik pada hari ini, sesungguhnya kamu tdk mendapat pertolongan dari kami"

malaikat mencemuh si ibu dengan berkata siapa suruh kamu melanggar perintah Allah semasa kamu hidup??mna anak2 mu yg peguam??mna anak2 mu yg doktor??mna anak mu yg akitek?mna anak2 mu yg kamu bangga2kan sangat dulu??Namun semua tepikan si ibu tiada yg dpt menolongnya.

setiap hari dia mendapat bungkusan yg buruk lagi busuk ini.
suatu hari, pd malam jumaat, dia turun balik ke rumah, alangkah terkejutnya dia melihat anak-anak dia membuat jamuan tahlil arwah buatnya. cepat2 dia balik ke liang lahad untuk menerima bungkusan itu.

tiba2 bungkusan tiba, bungkusan yg bercahaya dan berbau hangit, segera dibukanya dan terkejutnya apabila isi kandungannya seperti satu emas yg sudah hangit dibakar. ditanyanya kepada malaikat, kenapa aku mendapat bungkusan seperti ini??bukankah anak2 ku sudah membuat tahlil untuk ku??

malaikat membalas, "anak2 mu mmg sudah membuat tahlil untuk mu, tapi dia melanggar syarak dengan mencampur lelaki dan perempuan dan tidak menjaga pergaulan semasa majlis itu"

terkejut si ibu, lalu disiksa kembali. terkenang si ibu semasa kehidupannya bahawa dia pernah menghina anak2 daripada adiknya, iaitu anak saudaranya kerana adiknya memasukkan anak2 saudaranya ke sekolah pondok, manakala anak2 si ibu ini dihantar kesekolah yang elit. si ibu menghina-hina anak2 saudaranya katanya sekolah pondok tiada masa depan, masa depan tak cerah dan sebagainya. kini, yang mendoakan rohnya adalah anak2 saudaranya itu. kubur ibu itu cerah pun hasil daripada doa anak2 saudaranya itu.

sama2 la kita renungkan, sedekahkan lah ibu bapa kita yang sudah meninggal dengan doa2 dan surah2.. bkn sja org dalam kubur tu yang dapat, kita juga pun dapat ganjarannya..

jngan lah smpai kita membuat ibu kita seperti itu..nauzubillahminalminzaliq..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment