RSS

kenangan kawan2 sepermainan (keluarga Ayah ki, keluarga amir dan pejo, keluarga mamat dan sabri)

Assalammualaikum semua..
hai.. hari ni nak cerita kawan2 sepermainan.. 
disebabkan duk main2 FB tetiba tertengok haris upload gambar kedai kad kahwin dia, so godek la FB dia. ttiba tertengok la gambar sibiling dia yang jugak kawan sepermainan sibiling aku dari yang sulong sampai yang no 6 aje yang sempat main ngan diorang ni..

ni keluarga Azaki che endut
yang mana sibiling aku panggil dia ayah ki..
dia ni sepupu abah aku (md zaki ismail)
dan
anak2 dia adalah dua pupu kitaorang..

gambar lama dalam tahun 1994 (lebih kurang)

gambar tahun 2010

Dulu rumah diorang tak sebesar ini.. tapi sekarang dah besar macam ni.. nak main kasut roda macam dulu2 pun dah tak boleh.

Ruang sini lah dulu2 kitaorang main.. disebabkan kawasan rumah diorang ni besar, sibiling aku dan sibiling sepupu aku (sebelah rumah keluarga ayah ki) pergi main kat rumah diorang aje.


main terduduk, main buaya, nenek si bongkok tiga (kurang sikit), polis n three, main wau dan macam2 lagi.

~nostagial~

1. kawasan rumah ni jugak banyak pokok, so kalau main tenusuk ke, main buaya ke mesti join panjat         
    pokok.. disebabkan pokok kat depan ada 3, so seorang panjat 1 pokok, kadang2 dua orang kongsi 1 
    pokok, tapi kena diam2 sudah..

2. Kat belakang rumah ni ada tangki tinggi sangat, aku memang tak berani nak panjat tangki tu, tapi akak 
    aku (acik) berani panjat sebab dia selalu ikut sepupu kitaorang amirul farhan tu panjat sekali, tu jadi berani     tu.. Gayat siott..
Ni amirul farhan sepupu aku.

3. Kadang2 pagi2 dah berdiri ramai2 kat depan rumah tapak mainan kitaorang ni.. mula la tengok tilam dan selimut berjemuran.. bila ditanya kenapa berjemur, mesti ada salah seorang sibiling diorang cakap yang salah seoarang sibiling diorang kencing malam.. mula lah malu2 nak kuar main.. haha.. kelakar..

4. Dah tengah hari, matahari naik terik.. masing2 dah pakat nak balik makan kat rumah.. mula lah salah seorang bagi cadangan nak makan secara berjemaah. caranya angkut makanan letak dalam pinggan sekali ngan air dan bawak ke rumah tapak permainan kitaorang tu.. kadang2 ngah makan pun tengok air salah seorang sedap, mula la nk mintak rasa sikit.. hehe.. sweetnya zaman dahulu kala.. hehe..

5. sibiling aku sahaja yang perempuan, so kalau ada salah seorang yang dah baligh, mesti pergi main pakai tudung.. so bila pergi main pakai tudung, mesti diorang yang lelaki2 ni akan menakalkan diri cakap "haaaaa... dah baligh.. tu pasal tak nak bukak tudung" - tak sempat ngan aku.. aku baligh masa dah tak main ngan diorang ni..

6. dulu kalau malam raya, atau tiap2 malam bulan puasa akan ke rumah diorang ni jugak untuk main mercun sebab ayah ki ni ada kawan yang banyak mercun (aku tak pasti lah dia ni kastam ke apa). Tak boleh lupa masa sabri dan mamat masih sewa kat depan rumah sepupu aku, rumah ayah ki jugak, tpi buat sewa. Masa tu mmg happy gile tengok si sabri main pusing2 mcm bunga api yang cantik naik.. tapi tak boleh duduk dekat sebab api tu bahaya takut melecur.. si sabri dan mamat ni ganas sikit mainan dia bebanding kitaorang.. aku sampai sekarang tak dapat contact number untuk terus berhubung ngan sabri dan mamat. tapi masa aku duduk seberang takir dan bersekolah kat sana, sabri jugak duduk dan sekolah yang sama.. so sabri ni ialah senior aku. masa aku ting 2, dia ting 4. sekarang kalau jumpa kat kampung pun tegur jugak, tapi aku kurang cam muka mamat dan sabri ni.. 

7. teringat gelagat sabri, kelakar betul dia dulu. dia ambil gambar mamat dan dia masa kecik, banyak..bawak pergi kat tempat kitaorang bermain. masa duk tengok tu, ada 1 gambar ni mamat menangis, sume gelak sakan.. ada 1 lagi gambar mamat bogel. lagi teruk gelak, lagi2 si hanif dan faizul (sepupu aku) tu gelak sakan masa tu.. 

** mamat dan sabri tak jadi geng kitaorang lepas si mamat ni mengganas, dia baling batu kena kat kepala haris sampai berdarah. so ayah ki halau diorang pindah.. Hari diorang pindah, acik keluar pergi tanya. masa tu acik bercakap ngan mamat, walaupun takut, tapi cakap jugak
acik : kenapa ada lori ni mamat..??
mamat :  kitaorang dah nak pindah.. mintak maaf semua salah silap.

itu aje yang aku ingat.. masa tu mmg kami semua gado ngan mamat dan mamat memang nakal masa tu. sabri buat2 gado jugak walaupun hakikat sabri masih geng ngan kitaorang.. ada 1 hari tu masa gado ngan mamat lagi, mamat pancitkan tayar van abah aku, abah terkejut jugak.. dan last skali sabri yang cakap ngan kitaorang yang wat pancit tayar tu abang dia, si mamat.


Ni Faizul Azwan abang dari amirul farhan. kawin 8/12/2013
~Mula Berpecah~

1. Masa si Hafiz tu mula2 masuk ke tingkatan 1, sekolah asrama penuh. masa tu main lagi, tapi dah agak sikit kurang.. Teringat lagi kisah masa tu kitaorang tunggu sangat apiz balik, hari2 time datang main akan tanya je bila hafiz nak balik. 1 hari tu hafiz balik rumah.. sibiling dia yang lain yang gtw, pe lagi, kitaorang panggil la hafiz. paling lantang panggil hafiz sepupu aku "faizul azwan" abang dari "amirul farhan". dah letih panggil, hafiz tak kuar2 lagi. so anif g masuk panggil jap, kuar2 dia cakap hafiz tak nak main dah..

2. Masa semua dah meningkat remaja, masing2 dah masuk asrama penuh dan bersekolah menengah.. tapi ngan sepupu "amirul farhan" tu mmg still main lagi.

3. Masa tahun 2000, 2001 kitaorang dah tak beberapa duduk kat losong dah, pindah duduk di seberang takir, abah beli rumah kat sana. so saat tu dah mmg agak berenggang dah sampai sekarang kalau jumpa, atas mood nak tegur ke x. kalo x nak tegur senyum aje lah.

** hafiz dan hilmi dah kawin.. hilmi sekarang kalau tak silap dah 2 anak, tapi hafiz belum lagi.. tapi mungkin sekarang dah bertambah, waallahualam.. 

~Keluarga sepupu aku~


~gabungan keluarga sepupu-sepupu~

Ni gambar family gathering masa tahun 2009.. family aku tak de masa ni.. datang malam aje.. x muat kamera kalo nak snap sume. hoho.. siap kitaorang dibeli name tag yang mana cucu, yang mana cicit, yang mana cuit.. dan siapa nama bapak lagi.. yang ni sepupu dari singapura pun turun.. ada yang tak boleh datang.. duduk luar negara jugak, tapi aku tak tahu kat mana. 

~SIBILING AKU~


Masa tahun 1992

lupa tahun bila, tapi rasanya tahun 1995

Raya Tahun 2013 
~Yang tiada dalam gambar~
** Arwah UMI - Kasiani Bt Ismail (13/3/1962-5/6/2012) ~lelah Asma~
** Arwah adik arshad (21/1/2002 - 9/2/2007) ~Leukimia~

** Angah dan suami beraya dirumah suami dia.

SEKIAN CERITA AKU... MESTI KORANG PUN ADA CERITA SWEET JUGAK KAN..??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment