RSS

Props untuk kawin/tunang/event

hari ahad hari tu ada orang tempah props ngan alang untuk majlis tunang (23/2/2014, 11 pagi)

so alang wat la..
Semalam hari selasa baru siap print, potong dan tampal lidi.

rupanya prop ni mudah aje buatnya..
cuma antara berani ke tak aje..

bila dah siap buat dan susun dalam Adobe Ilustrator, hantar print kat kedai.. print atas kertas "ARTCARD 210 @ 260 @ 310"

tapi alang pakai yang 210 aje.. tp kualiti memang superberb.. alang print ngan kawan abah, dapat diskaun.. kalau ngan orang luar harga lain..

memang boleh berniaga kalau ngan kawan abah tu..
wedding card, busines card pun alang print ngan dia jugak..


1 kotak tu saiz A4.. cust ni oder 4 saiz A4

1. makesure nak ptong tu kena tinggal basi dalam 1mm (agak2 aje)
2. lepas siap gunting, amik tape dan tampal lidi kat tape -yang ni alang pakai white sticker lebihan buat sticker club kereta/moto hari tu..

_
hasilnya..??
_
_
_
_
_
_
_

Ini.. 

ini

dan ini

dan ini..

Tempahan ni alang kira saiz.. min oder saiz A3, harga untuk saiz A3 RM10 ringgit (sekali potong dan tampal lidi)
kalau tak nak lidi, tolak RM1 sahaja..

atas A3 boleh dapat lebih kurang 8-10 props.. atas saiz props jugak.. hehe.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedai Grafik online dan Fotographer Murah (KUALA TERENGGANU)

pagi ni nak cerita pasal Kedai Grafik online dan Fotographer Murah..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
26/2/2014 (Rabu)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Yang ni kalo berminat Boleh Contact alang : 019-9991880 (SMS/CALL/WATSAP)

yang ni kalo berminat boleh contact senior alang masa skolah dulu Abang Mie : 0172230087

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hahaha...posting ke tiga utk hari ni

Semalam lepas amik banner kat kedai printing, singgah kedai kawan kerja jap, kawan sekerja kawan alang ada masa tu. so alang bukak la banner tu nak tengok lawar mana.

Bila dah bukak, rasa cam bahagia sangat sebab banner tu cantik sangat sebab masa alang wat Final Artwork gambar kartun yang pengantin lelaki tu lukis pecah.

~okey berdialog kejap ya~
kawan sekerja: berapa RM pengantin ni tempah..??

alang: saiz 2X5, RM20 ringgit.

kawan sekerja : wahh murahnya.. saya pergi kat kedai yang awak print tu mahal.. awk berapa RM sekaki.?

alang : RM2.00 sekaki.

kawan sekerja: wah.. murah.. kat kedai tu RM3.50 sekaki. nanti saya nak tempah ngan awak ek. sy nk letak gambar sendiri.

Lepas tu diorang sembang topik lain plak..
ini kisahnya
kawan alang : eh firah, dia ingat gambar wechat mu ngan abang korea tu gambar snap betul2.. mu edit je kan..??haha..

alang : hahaha.. yeke??memang aku edit pun.. aku minat penyanyi tu gila2, so aku edit la.. nape?nampak cam real ke?haha..

kawan: ha'a yup.. weh, nanti tolong editkan aku jugak.. nanti aku pilih lelaki mana yang aku nak editkan tu ek..??

kawan sekerja: eh saya pun nak jugak..

alang : hahahaha.. okey, nanti aku buatkan..haha...

**Bangga betul bila orang ingat snap dalam 1 tempat.. hahaha.. gelap skit kot aku bbding jung hyung...
<3 p="">

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

23/2/2014- bahulu poksu ayie

huh.. sedap betul kalo layan bahulu poksu ayie waktu ni..

korang tau?? bahulu ni memang sedap gile, memang kalah bahulu2 dari kedai lain.. Apa yang menariknya pembuat bahulu ni LELAKI..

peramah pembuat bahulu ni..

hari tu alang cerita kat angah bahulu kat KG tepuh ni memang sedap gile. 
angah mula2 tak caya, so ada 1 hari tu, 31/12/2013 pergi hantar adik alang masuk asrama, maklumlah nak bukak sekolah da esknya tu.

so kat tengah jalan tu, alang cakap kat angah ada 1 kedai bahulu sedap kat sini angah.. angah cakap mana, alang tnjuk, tapi kedai tu tak bukak.

so on the way nak balik tu alang cakap kat angah suruh berhenti nak beli bahulu tu. 
angah pun berhenti.. angah hulur RM5 suruh beli. so beli la mintak yang panas2 punya.

dalam kereta makan angah cakap sedap gile..

1 minggu lps tu angah ajak beli lagi, kali ni beli RM20 ringgtit.. 2 hari je dah habis..

angah siap bawak pegi umah mak mertua dia.
mak mertua dia cakap bahulu tu rasa dia lain daripada yang lain, sedap gile.

suami angah pun suka sampai nak pergi melawat orang nak bagi bahulu, dia cakap "jangan amik bahulu tu, abang nak makan. kita cari benda lain lah buat melawat orang"

hahahaha... angah rancang ngan alang nak mintak belikan bahulu tu nak buat jualan kat kahang timur..

okey ni gambar masa 31/12/2013 hari tu:
Kedai paksu yie ni bukak kul 2 petang sampai jam 8 malam.

memang bahulu dia sedap gile. cuba la sekali, RM5 tu tak cukup makan seorang..

RM1 - 2 biji kalo tak silap alang..
kalo beli RM5, boleh jadi 1 biji jatuh harga RM0.43 sen camtu lah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adik beradik roti canai segera losong

tempat kerja lama alang
Salam pembuka kata.. hehe.. 
pagi2 masuk kerja tak tahu nak wat pe, so buka blog dulu selepas baca doa surah alimran 
iaitu : "Yahayuhalazi na'amanusbiru wasobiru warobitu wattaqullahalaallaqum tuflihun"

hari ni nak cerita tempat kerja lama alang waktu penganguran berlaku baru-baru ini.. kehkeh..
ADIK BERADIK ROTI CANAI SEGERA LOSONG

bos alang yang namanya nor azlina x silap, alang panggil moksu dan suami dia panggil pok jo.. 
kerja kat diorang ni macam kerja ngan sdara mara sendiri, mak2 sdara, pak2 sdara sendiri..

masa wat kerja, perlu ganti giliran untuk makan tengahari.. 
moksu yang masakkan lauk pauk.

memang boleh gemuk dan jugak boleh kurus kalo kerja kat dia..
Tak kenal ERTI LAPAR pun waktu kerja ngan dia..

wat kerja perut se'eh ngan makanan sokmo..

ni alang amik dari FB kwn alang yang masih lagi kerja kat dia..
alang kerja dulu mana sempat nak snap gambar.. 

kawan ni kerja kat depan..
kerja x buat kuih pun..
kerjanya packing..

Yang ni MOK MIE.. dia ni kerja lama da.. beberapa tahun da.. sorang lagi pekerja KAK YA.. kak ya memang paling lama kerja kat sini.. tapi tak de plak gambarnya..
Kak ya biasanya pergi belakang buat kuih, mok mie dan kwn alang sumayah ni duduk kat depan packing roti canai..

Barang yang siap akan hantar ke sabasun, mydin dan pasaraya besar yang lain.

Di bahagian ni la alang duduk. buat kuih kayu keramat dan pau goreng.. Sehari di bayar upah RM20. tapi kerjanya dalam seminggu 3 kali sahaja..

Ni mok mie duk wat kerja sambil mulut "bok bek.. bok bek"
Mok mie ni orang balik setiu kalo tak silap, so bahasanya pun tak de la pior ganu..

Barang2 yang packing untuk dihantar ke pasaraya besar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenangan kawan2 sepermainan (keluarga Ayah ki, keluarga amir dan pejo, keluarga mamat dan sabri)

Assalammualaikum semua..
hai.. hari ni nak cerita kawan2 sepermainan.. 
disebabkan duk main2 FB tetiba tertengok haris upload gambar kedai kad kahwin dia, so godek la FB dia. ttiba tertengok la gambar sibiling dia yang jugak kawan sepermainan sibiling aku dari yang sulong sampai yang no 6 aje yang sempat main ngan diorang ni..

ni keluarga Azaki che endut
yang mana sibiling aku panggil dia ayah ki..
dia ni sepupu abah aku (md zaki ismail)
dan
anak2 dia adalah dua pupu kitaorang..

gambar lama dalam tahun 1994 (lebih kurang)

gambar tahun 2010

Dulu rumah diorang tak sebesar ini.. tapi sekarang dah besar macam ni.. nak main kasut roda macam dulu2 pun dah tak boleh.

Ruang sini lah dulu2 kitaorang main.. disebabkan kawasan rumah diorang ni besar, sibiling aku dan sibiling sepupu aku (sebelah rumah keluarga ayah ki) pergi main kat rumah diorang aje.


main terduduk, main buaya, nenek si bongkok tiga (kurang sikit), polis n three, main wau dan macam2 lagi.

~nostagial~

1. kawasan rumah ni jugak banyak pokok, so kalau main tenusuk ke, main buaya ke mesti join panjat         
    pokok.. disebabkan pokok kat depan ada 3, so seorang panjat 1 pokok, kadang2 dua orang kongsi 1 
    pokok, tapi kena diam2 sudah..

2. Kat belakang rumah ni ada tangki tinggi sangat, aku memang tak berani nak panjat tangki tu, tapi akak 
    aku (acik) berani panjat sebab dia selalu ikut sepupu kitaorang amirul farhan tu panjat sekali, tu jadi berani     tu.. Gayat siott..
Ni amirul farhan sepupu aku.

3. Kadang2 pagi2 dah berdiri ramai2 kat depan rumah tapak mainan kitaorang ni.. mula la tengok tilam dan selimut berjemuran.. bila ditanya kenapa berjemur, mesti ada salah seorang sibiling diorang cakap yang salah seoarang sibiling diorang kencing malam.. mula lah malu2 nak kuar main.. haha.. kelakar..

4. Dah tengah hari, matahari naik terik.. masing2 dah pakat nak balik makan kat rumah.. mula lah salah seorang bagi cadangan nak makan secara berjemaah. caranya angkut makanan letak dalam pinggan sekali ngan air dan bawak ke rumah tapak permainan kitaorang tu.. kadang2 ngah makan pun tengok air salah seorang sedap, mula la nk mintak rasa sikit.. hehe.. sweetnya zaman dahulu kala.. hehe..

5. sibiling aku sahaja yang perempuan, so kalau ada salah seorang yang dah baligh, mesti pergi main pakai tudung.. so bila pergi main pakai tudung, mesti diorang yang lelaki2 ni akan menakalkan diri cakap "haaaaa... dah baligh.. tu pasal tak nak bukak tudung" - tak sempat ngan aku.. aku baligh masa dah tak main ngan diorang ni..

6. dulu kalau malam raya, atau tiap2 malam bulan puasa akan ke rumah diorang ni jugak untuk main mercun sebab ayah ki ni ada kawan yang banyak mercun (aku tak pasti lah dia ni kastam ke apa). Tak boleh lupa masa sabri dan mamat masih sewa kat depan rumah sepupu aku, rumah ayah ki jugak, tpi buat sewa. Masa tu mmg happy gile tengok si sabri main pusing2 mcm bunga api yang cantik naik.. tapi tak boleh duduk dekat sebab api tu bahaya takut melecur.. si sabri dan mamat ni ganas sikit mainan dia bebanding kitaorang.. aku sampai sekarang tak dapat contact number untuk terus berhubung ngan sabri dan mamat. tapi masa aku duduk seberang takir dan bersekolah kat sana, sabri jugak duduk dan sekolah yang sama.. so sabri ni ialah senior aku. masa aku ting 2, dia ting 4. sekarang kalau jumpa kat kampung pun tegur jugak, tapi aku kurang cam muka mamat dan sabri ni.. 

7. teringat gelagat sabri, kelakar betul dia dulu. dia ambil gambar mamat dan dia masa kecik, banyak..bawak pergi kat tempat kitaorang bermain. masa duk tengok tu, ada 1 gambar ni mamat menangis, sume gelak sakan.. ada 1 lagi gambar mamat bogel. lagi teruk gelak, lagi2 si hanif dan faizul (sepupu aku) tu gelak sakan masa tu.. 

** mamat dan sabri tak jadi geng kitaorang lepas si mamat ni mengganas, dia baling batu kena kat kepala haris sampai berdarah. so ayah ki halau diorang pindah.. Hari diorang pindah, acik keluar pergi tanya. masa tu acik bercakap ngan mamat, walaupun takut, tapi cakap jugak
acik : kenapa ada lori ni mamat..??
mamat :  kitaorang dah nak pindah.. mintak maaf semua salah silap.

itu aje yang aku ingat.. masa tu mmg kami semua gado ngan mamat dan mamat memang nakal masa tu. sabri buat2 gado jugak walaupun hakikat sabri masih geng ngan kitaorang.. ada 1 hari tu masa gado ngan mamat lagi, mamat pancitkan tayar van abah aku, abah terkejut jugak.. dan last skali sabri yang cakap ngan kitaorang yang wat pancit tayar tu abang dia, si mamat.


Ni Faizul Azwan abang dari amirul farhan. kawin 8/12/2013
~Mula Berpecah~

1. Masa si Hafiz tu mula2 masuk ke tingkatan 1, sekolah asrama penuh. masa tu main lagi, tapi dah agak sikit kurang.. Teringat lagi kisah masa tu kitaorang tunggu sangat apiz balik, hari2 time datang main akan tanya je bila hafiz nak balik. 1 hari tu hafiz balik rumah.. sibiling dia yang lain yang gtw, pe lagi, kitaorang panggil la hafiz. paling lantang panggil hafiz sepupu aku "faizul azwan" abang dari "amirul farhan". dah letih panggil, hafiz tak kuar2 lagi. so anif g masuk panggil jap, kuar2 dia cakap hafiz tak nak main dah..

2. Masa semua dah meningkat remaja, masing2 dah masuk asrama penuh dan bersekolah menengah.. tapi ngan sepupu "amirul farhan" tu mmg still main lagi.

3. Masa tahun 2000, 2001 kitaorang dah tak beberapa duduk kat losong dah, pindah duduk di seberang takir, abah beli rumah kat sana. so saat tu dah mmg agak berenggang dah sampai sekarang kalau jumpa, atas mood nak tegur ke x. kalo x nak tegur senyum aje lah.

** hafiz dan hilmi dah kawin.. hilmi sekarang kalau tak silap dah 2 anak, tapi hafiz belum lagi.. tapi mungkin sekarang dah bertambah, waallahualam.. 

~Keluarga sepupu aku~


~gabungan keluarga sepupu-sepupu~

Ni gambar family gathering masa tahun 2009.. family aku tak de masa ni.. datang malam aje.. x muat kamera kalo nak snap sume. hoho.. siap kitaorang dibeli name tag yang mana cucu, yang mana cicit, yang mana cuit.. dan siapa nama bapak lagi.. yang ni sepupu dari singapura pun turun.. ada yang tak boleh datang.. duduk luar negara jugak, tapi aku tak tahu kat mana. 

~SIBILING AKU~


Masa tahun 1992

lupa tahun bila, tapi rasanya tahun 1995

Raya Tahun 2013 
~Yang tiada dalam gambar~
** Arwah UMI - Kasiani Bt Ismail (13/3/1962-5/6/2012) ~lelah Asma~
** Arwah adik arshad (21/1/2002 - 9/2/2007) ~Leukimia~

** Angah dan suami beraya dirumah suami dia.

SEKIAN CERITA AKU... MESTI KORANG PUN ADA CERITA SWEET JUGAK KAN..??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Moist Choclate senang tanpa mixer dan telur

Gula caster.

1. Masukkan gula Caster dalam tepung (agak2 je berapa)

2. Masukkan soda bikabonat dan banking powder

3. Masukkan serbuk coklat
4. Masukkan ovelate

5. Panaskan majrin (agak2 je berapa) dan masukkan.
6. kacau rata. kalo agak pekat, masukkan air sikit.

7. Bila dah siap letak dalam bekas yang bakal di kukus jap lagi.

Macam ni

Ni (saje reka ni)

8. Kukus. check kukus, amik lidi, cucukkan.

Kalau masih melekat maksudnya belum masak lagi

dah siap kukus, tunggu sampai sejuk. 
JANGAN masukkan dalam peti ice terus, tapi tutup ngan saji dulu.

Coklat cair hiasan

1. Amik coklat masakkan, cairkan majerin, masukkan susu pekat, kacau2.
siap.

jirus atas kek dan hiaskan

sedia untuk di makan.




**Resepi bujang aje ni. kalo terasa cam nak makan moist tu, better buat sendiri la, x yah beli kt kedai.. benda mudah aje.. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mealty heasy - 11 step mudah

11 step yang sangat mudah untuk anda siapkan mealty heasy dengan keluaran modal yang sedikit.

tiru 80% dari resepi blog ini
tapi cara alang buat ni nak jimat kos sikit.. alang cuma belanja RM78.55 sen sahaja untuk beli barang2 ni, itu pun masih ada lagi yang belum habis guna.
1. pakai coklat jenama sunbear
2. pakai biskut marrie dan oreo yang timbang

1. Masukkan cream cheese yang ni. alang beli cuma RM28 ringgit di me soya, jalan tok lam, Kuala Terengganu.
Mcm gini bentuknya.

UHT Wiping Cream ni alang beli kat me soya, jalan tok lam Kuala Terengganu RM16 ringgit sahaja.

2. Masukkan UHT Wiping Cream

3. Masukkan susu pekat - alang pakai jenama termurah jugak, Masjid.

putar

sampai jadi cmni.
4. Hancurkan biskut marrie

amek sunbear 2 sudu
macam ni dan 

hancurkan macam ni.
5. Ulang benda yang sama macam ni dengan biskut oreo.

6. Lapisan pertama letak cream cheese+wiping dan susu pekat yang diputar tadi.

7. lapisan kedua masuk biskut marrie yang hancur tadi. 

8. lapisan ke tiga letak cream cheese+wiping dan susu pekat yang diputar tadi lagi

9. Lapisan ke empat masuk biskut oreo yang dihancurkan tadi

10. lapisan ke tiga letak cream cheese+wiping dan susu pekat yang diputar tadi lagi.

sampai jadi macam ni.

11. pastu hias ngan macam2 benda yang disukai.






Tadaa hasil gunakan 11 step tadi.. hehe.. selamat mencuba.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS