RSS

Roti Sosej (copy paste)

1st time wat roti.. Roti Sosej ni mmg sedap...cam beli kat kedai roti. Cuma x brapa gebu sbb guna tepung gandum je masa buat ari 2. Tepung roti xde dalam list barang2 dapur akak... so, guna je la tepung gandum. Sape2 yg nk buat roti ni disyorkan sgt2 guna tepung roti.. biar puas hati kn. Buat Roti Sosej ni mudah je sbnrnya.. Sblm ni igtkn susah. Klau ada Bread Maker (BM) lg la senang. Pasni nk buat lg tp nk ikut resepi sepenuhnya..


Resepi asal amik dr minami133 . Tq atas resepi yg mmg best ni. Akak cuma buat 1/2 adunan je ari tu. Ye la tuk 3 org mkn je. Resepi ni bleh tuk hidangan 6-7 org.


Bahan2 - tuk doh
190ml air - akak guna air suam
400gm tepung roti
5tbsp gula kastor
1tsp garam
2tbsp susu tepung
1 biji telur
2 tsp yis
60gm butter
1/4 tsp pelembut roti - optional


Bahan2 lain
12 batang sosej
Sos cili secukupnya
Cheese secukupnya


Cara2
- Akak guna tangan je uli.. Klau guna BM, msukkn je sume bahan dlm BM & tekan ON. Pastu tggu je dia siap..


1. Campurkn yis ngn separuh air suam dlam sebuah cawan. Masukkn sedikit gula. Biar seketika hgga yis berbuih.

Masukkn bahan2 kering ke dalam mangkuk. Masukkn 
marjerin & kacau hgga sebati - tepung akan membentuk butir2 kecik. Masukkn telur & kacau. 


Masukkn air yis ke dalam mangkuk sedikit demi sedikit sambil adunan diuli. Uli hgga mendapat adunan yg x melekat dkt jari. Jika air yis x cukup, leh gunakn air suam lebihan td. Pastikan masukkn air sedikit demi sedikit. Masa buat ari tu, akak x guna abis air tu.


Bila dh dpt doh yg licin, bahagikn doh kepada 12 bahagian & bulat-bulatkn. Masukkn semula doh yg bulat2 tu ke dalam mangkuk & tutup ngn apa2 penutup. Biar selama 20minit.


Doh selepas 20min

2. Selepas 20min, amik sebiji doh & canai cam nk buat karipap cam dlm pic no. 1 kt atas nu. Pastu, amik sebatang sosej & letakkan di salah satu hujung doh. Then gulungkn doh hgga menyaluti sosej cam dlm pic no.3. Amik pisau & hiris2 doh td tp jangan sampai putus plak. Rujuk pic no.4. Ikut la brapa bnyk hirisan tu yg u all nk. Klau bnyk hirisan dia, roti yg terbentuk pn akan jd panjang..


3. Bila dh abis hiris, tolak hirisan tu ke kanan & ke kiri secara selang-seli. Nnt dapat la bentuk cam dlm pic no. 2 kat atas tu. Tekan ckit permukaan dia, jgn kuat sangat plak.. Pastu amik doh yg lain & ulang Langkah 2 & Langkah 3 ni. Buat hgga semua doh habis. Biar roti selama 40minit. Lepas 40minit, sapukan sos cili di atas permukaan roti & taburkn cheese



4. Bakar pada suhu 170-180'C selama 12minit @ hgga roti masak sepenuhnya. Pastu bleh la mkn panas2. Ari akak buat salad kentang tuk makan ngn roti ni... kenyang sgt. Sesuai tuk bekfes, lunch, minum petang & even dinner.. Akak buat ari tu tuk dinner..

Nota : Panaskn oven dlu sblm masukkn roti dlm oven
 
copy paste dariL blog ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment